08 Januari, 2009

NOTA BENTUK TEATER

Pengenalan bentuk teater:

-Boneka (wayang kulit)
-Dramatari tradisional (mak yung, mek mulung, menora)
-Drama Pentas
-Bangsawan
-Realisme

Boneka (wayang kulit)










Asal usul
• salah satu teater yang tertua dan terdapat di seluruh Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Thailand dan Kemboja- China, India dan Turki)
• dikatakan berasal dari India – dibawa ke Asia Tenggara melalui pengaruh Hindu.
• sebagai bukti – Ramayana dan Mahabharata (dua epik Hindu yang terkemuka yang menjadi bahan utama untuk persembahan wayang kulit)
• terdapat 3 jenis wayang kulit di Malaysia
- Wayang Kelantan (Wayang Siam)
- Wayang Melayu
- Wayang Jawa
• mengisahkan cerita daripada Ramayana, Mahabharata, dan cerita tempatan . Watak berbentuk kebaikan mengatasi kejahatan.




Dramatari Tradisional









Makyung
• menggabungkan unsur-unsur tari, muzik dan dialog hanya terdapat di Kelantan, Terengganu dan Kedah.


Asal usul
• tidak terdapat bukti tetap asal usul makyung.
• pemain tradisi percaya – sebuah tempat yang bernama Tanah Rendah Sepagar Ruyung, Ulu Setiawan, Terengganu. Sebuah keluarga : Bapa – Pak Yung, Emak – Mak Yung, Anak – Anak Yung. Mencipta sebuah permainan untuk mengisi masa lapang. Raja memerintah mereka mempersembahkan di istana untuk tatapan baginda setelah diketahui. Raja terpikat lalu menjadikannya permainan istana dan diberi nama makyung.

Pendapat umum : asal dari Patani, sebahagian dari jajahan dunia Melayu lama, sekarang merupakan selatan Thailand.
• Dipersembahkan sebagai sebahagian daripada perayaan penghujung musim menuai padi, memuja umur sultan, dan perkahwinan. (untuk tujuan upacara pemulihan penyakit – Makyung Berniat / Main Puteri)
• muzik, tarian, dan dialog digabungkan untuk memberi nafas kepada cerita dongeng dan lagenda tempatan yang menceritakan tentang para bangsawan dan orang ramai, dewa dan raksasa, misteri dan magik untuk menghiburkan para penonton.
•Set, kostum, tatarias tidak dititikberatkan sangat. (asalnya)


Drama Pentas (Bangsawan)










Asal usul
• bentuk teater Melayu yang menggabungkan kedua-dua unsur teater tradisional dan moden.
• dipercayai kemunculannya dipengaruhi oleh wayang Parsi atau mendu yang dibawa ke Pulau Pinang pada tahun 1870-an oleh pedagang dengan Syarikat India Timur.
• Cerita-cerita berkonsepkan mitos, lagenda, dan fantasi, yang melibatkan dewa, pari-pari, raja, menteri, pahlawan sakti, jin, raksasa, dan orang biasa.
• menggabungkan unsur tarian, muzik, nyanyian dan lakonan.

Sejarah bangsawan bermula di Asia Tenggara dengan ketibaan Wayang Parsi atau Mendu di Pulau Pinang sekitar tahun 1870. Rombongan pelakon lelaki dari Bombay bertawaf seluruh negara mempersembahkan kisah-kisah klasik dari Timur Tengah, Parsi dan India dengan bahasa pengantar ialah Hindi disulami lagu-lagu Hindustani. Sekelip mata ia disambut sebagai satu fenomena dengan undangan di majlis perkahwinan, pesta dan majlis diraja. Dalam tahun-tahun 1900, bangsawan lebih banyak bertumpu di Singapura memandangkan kebanyakan rombongan bangsawan yang akan menyeberang ke Indonesia singgah beberapa lama di pulau tersebut. Pushi Indera Bangsawan dikatakan kumpulan bangsawan pertama di Malaysia. Kemudian kita mendengar nama-nama lain seperti Seri Penglipur Lara yang aktif mementas bangsawan di Happy World, New World dan panggung Alhambra di Singapura. Kedatangan Jepun menjadikan kumpulan bangsawan dipaksa mempersembahkan kisah-kisah dengan elemen propaganda Jepun dan ini terlihat pada persembahan kumpulan Mina Bakar dan kumpulan Din-Tijah. Selepas itu bangsawan terus popular dengan persembahan antara lain ialah Raja Laksamana Bentan dan Jula Juli Bintang Tiga.
Bangsawan pernah disifatkan sebagai commedia dellárte timur dengan mempertahankan sifat-sifat teater tradisional rantau Timur.

Drama Pentas (Realisme)









• bentuk teater Realisme membawa konsep bahawa sesuatu persembahan yang dibawanya hendaklah merupakan sesuatu yang seharusnya berlaku di pentas.
• set dan semua latar pentas juga props seboleh-bolehnya digambarkan yang sebenar-benarnya di atas pentas.
• perlakuan-perlakaun, kejadian-kejadian, aksi, perbuatan benar yang biasa kita lihat, sesuatu yang kita dengar dan yang kita rasa serta hidu sedapat-dapatnya akan dibawa ke pentas agar para penonton dapat mengalami hal yang serupa.
• Plot drama realisme adalah berlandaskan LOGIK.
• Tema selalunya berkisar dengan isu-isu semasa dan bersangkut paut dengan kehidupan sehari-hari seperti rumahtangga, perselisihan sosial dan lain-lain.




** nak lihat video sila cari di laman Youtube di sebelah...

Tiada ulasan: