23 Januari, 2009

Persatuan Seni Persembahan SIFAR (Sarawak)
JOHAN Festival Teater Malaysia 2008



Festival Teater Malaysia 2008 telah berlansung di MTC (Malaysian Tourism Centre), Jalan Ampang, Kuala Lumpur dari 13 Julai 2008 sehinggalah 18 Julai 2008. Festival kali ini menampilkan 6 buah persembahan kumpulan teater yang terbaik dari seluruh Malaysia yang telah dipilih oleh juri-juri profesional. Juri-juri ini bergerak di seluruh tanahair untuk menilai serta memilih persembahan-persembahan kumpulan yang terbaik dan layak untuk dimuatkan ke Festival Teater Malaysia yang kemudiannya dipertandingkan untuk memilih Johan Teater Kebangsaan.

Sejarah Festival Teater Malaysia

Festival Teater Malaysia adalah lanjutan dari Pesta Tarian dan Drama yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada awal tahun 70an sehhingga 1980an. Pesta Tarian dan Drama yang diadakan dalam bentuk pertandingan, disertai oleh kumpulan teater amatur yang terdiri dari penggiat teater Melayu pada waktu itu. Di antara nama penggiat teater yang lahir dari pertandingan ini ialah Prof. Madya Dr. Samad Salleh, Tuan Haji Supiat Mukri, Dinsman, Megat Saiful Bahari, Dato’ Johan Jaafar, Zakaria Ariffin, Prof. Mohd Taib Osman, Kalam Hamidy, Hashim Yassin dan ramai lagi. Pada tahun 1980an, Pesta Tarian dan Drama dihentikan penganjurannya buat seketika.
Pada tahun 1990, Pesta Tarian dan Drama disambung semula dalam format baru. Berfokus kepada teater, nama barunya Pekan Teater; di bawah kelolaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Malaysia. Pekan Teater masih dalam bentuk pertandingan dan dibuka penyertaannya kepada kumpulan teater sama ada berdaftar atau tidak berdaftar. Medium penyampaian ialah dalam Bahasa Melayu. Pada tahun 2002, Pekan Teater diberi wajah baru dengan nama Festival Teater Malaysia. Dari johan peringkat negeri, beberapa kumpulan dipilih ke peringkat Kebangsaan. Buat pertama kalinya, pengisian Festival Teater Malaysia diperluaskan untuk merangkumi persembahan Monolog dan Fragmen Seni.

Pengisian Festival Teater Malaysia 2003 diperkemaskan bagi memaparkan wajah dan imej Malaysia iaitu dengan penyertaan penggiat teater pelbagai kaum melalui segmen persembahan jemputan. 7 kumpulan terbaik negeri masih dipertandingkan sebagai satu komponen Festival Teater Malaysia di samping komponen yang lain seperti Monolog, Fragmen Seni, lawatan ke panggung teater dan Sidang ilmu.

Festival Teater Malaysia 2004 terus membawa pembaharuan sebagai usaha untuk memupuk penggiat seni berkarya dalam kumpulan secara berterusan, penyertaan untuk segmen pertandingan teater dibuka kepada kumpulan yang berdaftar sahaja. Buat pertama kalinya juga, pertandingan turut dibuka kepada penyertaan kumpulan-kumpulan yang berdaftar sebagai syarikat seni.
Pada tahun 2006, Festival Teater Malaysia menggabungkan pementasan teater moden, teater pelbagai kaum, teater pelajar sekolah dan teater tradisional dengan penekanan kepada visi dan misi kementerian iaitu menggalakkan perpaduan serta penyertaan setiap kaum dalam kegiatan kesenian sepertti teater. Festival Teater Malaysia 2008 kali ini menampilkan persembahan Teater Jalanan yang akan diperkenalkan secara tidak lansung kepada khalayak. (dipetik dari Majalah Rasmi Festival Teater Malaysia 2008)

Festival Teater Malaysia 2008 menampilkan 6 buah negeri (kumpulan) yang bertanding di antaranya:

Kumpulan Ruang Damai Sdn. Bhd. (Negeri Sembilan) – Hamletmaschine

Pertubuhan Pentas Lakon UM (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) – Tengku Kudin

The Art Stage Club (Negeri Selangor) – Wajah Lumpur

Persatuan Penggerak Warisan Budaya (AKRAB)-Kedah - Hamlet

Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) – Dilema Baginda Sultan

Persatuan Seni Persembahan SIFAR (Sarawak) – Tukang Ensera

Senarai Johan Pekan Teater Kebangsaan/Festival Teater Malaysia

Tahun 1991
Kumpulan : KELAB SENI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Negeri : Pulau Pinang
Skrip : Tanah Bernanah (Albert S. Florentino)

Tahun 1992
Kumpulan : TEATER SURIA JOHOR BAHRU
Negeri : Johor
Skrip : Ayang-ayang Purwo (Shukor Mohd. Nor)

Tahun 1993
Serivina Sanina
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Kumpulan : GRUP TEATER KOLEKTIF
Negeri : Sabah
Skrip : Tukang (Dr. Hatta Azad Khan)

Tahun 1994
Kumpulan : ANGKASARAN, USM
Negeri : Pulau Pinang
Skrip : Kena Main (Khalid Salleh)

Tahun 1995
Hassan Bin Ahmad
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Kumpulan : KELOMPOK SANGGAR TEATER
Negeri : Negeri Terengganu
Skrip : Mayat (Dr. Hatta Azad Khan)

Tahun 1996
Kumpulan : GABUNGAN ANAK SENI TEATER,
UiTM CAWANGAN PERAK
Negeri : Perak
Skrip : Kerusi (Dr. Hattan Azad Khan)

Tahun 1997
Kumpulan : GRUP TEATER ARTIS KREATIF (GERAK)
Negeri : Wilayah Persekutuan
Skrip : Peran (Dato’ Nordin Hassan)

Tahun 1998
Kumpulan : GRUP TEATER NGONCONG
Alik Bin Hassan
Pelakon Harapan Lelaki Negeri : Sarawak
Skrip : SAWO (S.M. Noor)


Tahun 1999
Kumpulan : GRUP TEATER BADAN
KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
YAYASAN
Negeri : Johor
Skrip : Pentas Opera (Zakaria Ariffin)



Tahun 2000
Kumpulan : KELAB TEATER RIMBA, UKM
Negeri : Selangor
Skrip : Patung-patung (Dr. Hatta Azad Khan)


Tahun 2001
Kumpulan : AKRAB
Negeri : Kedah
Skrip : Monolog (Rosnan Nordin)


Tahun 2002
Kumpulan : ANUGERAH KHAS JURI
Negeri : Johor, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan


Tahun 2003
Kumpulan : ANGKATAN BUDAYA DAERAH BALIK PULAU
Negeri : Pulau Pinang
Skrip : MISI (Faisal Tehran)

Tahun 2004
Kumpulan : FUZZY LOGIC ENTERTAINMENT
Negeri : Wilayah Persekutuan, KL
Skrip : Tat Nenas (Shahredza Minhat)

Tahun 2006
Kumpulan : KUBAS
Negeri : Kedah
Skrip : Angin Kering (Datuk Johan Jaafar)


Tahun 2008
Kumpulan : PERSATUAN
SENI PERSEMBAHAN SIFAR
Negeri : SARAWAK
Skrip : Tukang Ensera
(Awgku Merali Pangeran Mohamed)


Setelah satu dekad lamanya (1998 – 2008) selepas Grup Teater Ngoncong menjadi johan, akhirnya SIFAR berjaya membawa kembali gelaran Juara Festival Teater ke negeri Sarawak yang tercinta. Kemenangan Sarawak kali ini telah mencipta sejarah baru dalam dunia pertandingan teater tanahair. Kemenangan yang disifatkan oleh juri-juri dan aktivis teater di semenanjung sebagai besar ini telah berjaya memenangi 5 anugerah dari 8 yang dipertandingkan. Antara anugerah yang berjaya dimenangi ialah : Johan, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Harapan Lelaki.

Apa yang menarik disini ialah majoriti pelakon-pelakon dalam produksi Tukang Ensera ini terdiri daripada anak-anak muda yang sebelum ini tidak pernah kenal erti teater. Namun satu pujian harus diberikan kepada mereka kerana berjaya mementaskan lakonan yang cukup menarik. Makanya bakat yang sudah terpahat dalam diri mereka haruslah sentiasa diasah dan digilap semoga akan kekal dalam diri mereka.




Satu kebanggaan kepada adik Serivina Sanina pelajar Tingkatan 1 dari Sekolah Seni Kuching yang telah berjaya meraih anugerah pelakon pembantu wanita terbaik yang hanya menjalani latihan dalam masa tidak sampai dua bulan. Lakonan yang telah ditunjukkan oleh adik Serivina sewaktu pementasan di MATIC, Kuala Lumpur begitu mencuit serta menyentuh hati penonton.
Sejajar dengan visi dan misi SIFAR antaranya untuk memberi pendedahan dunia kesenian dalam jiwa anak-anak muda semoga satu hari nanti dapat bercambah menjadi sesuatu yang sebati dalam jiwa telah berjaya direalisasikan untuk produksi mereka yang pertama ini. Semoga produksi-produksi yang bersifat kesenian yang dikelolakan oleh SIFAR di masa yang akan datang dapat meneruskan lagi niat murni ini. Sekali lagi TAHNIAH diucapkan kepada Persatuan Seni Persembahan SIFAR yang diterajui oleh saudara Suffian Bin Haji Jalet kerana telah berjaya mengharumkan nama Sarawak di persada teater tanahair. SYABAS !

Tiada ulasan: