31 Mei, 2009

Naskhah Lakon

Inspirasi akan membawa kita ke alam kreatif. Inspirasi muncul apabila gagasan atau idea yang timbul hasil renungan dan pemikiran seseorang penulis naskhah lakon bergabung dengan kerja kreatif. Justeru dalam penulisan, proses transformasi idea tersebut dicerna menjadi naskhah lakon.

Untuk mewujudkan sebuah naskhah lakon yang baik bukan sahaja terletak pada gagasan yang didukung bahkan juga menuntut lakon yang baik. Di samping memenuhi prasyarat sebuah lakonan yang baik iaitu daya pukau untuk tontonan.

Dalam teater, ada cerita (mesej), pelakon, penonton dan tempat. Teater itu kerja (Produksi). Teater itu seni gabungan imaginasi ke realiti (kreativiti) dan meyentuh perasaan. Juga melibatkan mood (perasaan hati), feeling (perasaan), kosentrasi, stabil, kesungguhan, bakat dan minat.


Kriteria

Kriteria pada penulis yang kreatif yang unggul :
1. Bakat
2. Pengetahuan, ilmu dan intelektualiti
3. Kesempurnaan pancaindera (boleh melihat, mendengar, membaui, merasa dan mengecap)
4. Kepelbagaian tabiat seperti sense of humor, sensitif, peka, tabah
5. Kaya dengan pengalaman-pengalaman hidup
6. Jiwa seni yang semula jadi
7. Imaginatif, mudah membayangkan atau mengkhayalkan sesuatu
8. Kemahiran, kepakaran, kreatif
9. Ketahanan, fizikal, ketahanan mental, ketahanan psikologi
10. Bermoral, berhemah, berwibawa
11. Bersyukur, ada impian, ada wawasan
12. Jujur dalam berkarya


Ciri-Ciri Naskhah Lakon

i. Tema dan Pemikiran
-Tema adalah wilayah yang menunjuk, sudut kehidupan yang akan digarap
-Idea utama atau idea pokok yang ingin disampaikan oleh penulis
-Satu ‘platform’ awal untuk menghasilkan naskhah lakon seorang penulis yang akhirnya menjadi sebuah cerita
-Sebuah naskhah lakon yang baik akan melahirkan pengalaman batin yang membuat penonton mengalami ekstase

ii. Plot
-Merupakan perkembangan cerita yang sama ada mengikut kronologi masa atau sebaliknya
-Dasarnya terbahagi kepada struktur tiga bahagian babakan (three act structure)
-Struktur plot : Permulaan-Eksposisi-Klimaks-Deunoment-Peleraian
-Sebaiknya mengandungi empati yang menyelitkan ketegangan, konflik dan humor, kritik sosial (bahagian eksposisi/aksi menaik)
-Mewujudkan plot yang menarik dengan menyelitkan teknik plot seperti imbas muka (foreshadow), imbas kembali (flashback), kejutan, suspens




iii. Watak dan Perwatakan
-Watak merupakan aspek fizikal atau luaran seseorang pelaku
-Perwatakan merujuk kepada aspek dalaman yang melibatkan personaliti, tingkah laku dan sikap seseorang watak
-Watak protagonis merupakan watak yang baik manakala watak antagonis merujuk watak yang jahat dan watak sampingan/pembantu

iv. Gaya Bahasa
-Bahasa yang digunakan dalam naskhah lakon bukan hanya terbatas dalam pengertian linguistik
-Bahasa adalah alat perhubungan antara penulis dengan penonton
-Penggunaan peribahasa, perlambangan mengikut kesesuaian termasuk satira, retorik

v. Latar
-Latar dibahagikan kepada tiga yakni latar masa, tempat dan masyarakat
-Latar turut dikenali sebagai citra atau gambaran

a. Latar masa :
melibatkan siang-malam, pagi-petang, 7.30 pagi, musim luruh, zaman Jepun, Kesultanan Melayu dan sebagainya

b. Latar tempat :
melibatkan ruang seperti tamu, warung, gua dan sebagainya mengikut kesesuaian jalan cerita naskhah

c. Latar masyarakat :
ditonjolkan melalui jalan cerita naskhah atau penampilan pelakon apabila dipentaskan

d. Latar suasana :
gambaran keadaan yang melibatkan perasaan seperti sedih, pesta, seram dan sebagainya

vi. Mesej dan Pengajaran
-Suatu amanat atau panduan untuk kehidupan masyarakat.
-Dikenali juga sebagai pesan moral sama ada secara langsung dan tidak langsung yang disampaikan melalui watak, ideologi, pandangan hidup (weltanschauung), falsafah


Proses penulisan

Penulisan Naskhah Lakon

i. Idea
Bahan, idea, ilham dan inspirasi datang hanya menerusi dua sumber utama iaitu :
a. sumber asal, sumber original, primary source
Sumber asal ialah sumber yang dialami ataupun disaksi ataupun dilalui dan dirasai sendiri oleh penulisnya sama ada bersendirian ataupun bersama orang lain.

b. sumber kedua secondary source
Sumber kedua merupakan sumber yang datang daripada beberapa cara yang lain seperti menerusi pembacaan, menonton filem dan televisyen, daripada orang yang rapat dengan kehidupan harian seperti keluarga, kawan-kawan dan jiran-jiran. Sumber-sumber ini sama ada sumber asal ataupun sumber kedua adalah sama pentingnya sebagai pencetus fikiran.
ii. Peristiwa
Penghasilan sesebuah naskhah lakon turut mengambil kira perkara-perkara berikut yang dialami oleh seseorang penulis. Transformasi pengalaman realiti ke dunia naskhah lakon :
1. Pengalaman Kehidupan Peribadi
-melibatkan zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa, zaman tua serta hubungan Kekeluargaan
2. Persekitaran
-Suasana yang melibatkan rumah tangga sendiri, jiran tetangga dan individu di sekeliling penulis.

iii. Watak
Sebuah naskhah yang baik mesti mempunyai watak-watak yang mampu membawa cerita untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang menjadi cerita, dan kuasa merekalah yang menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah elemen terpenting dalam drama. Wataklah yang menggerakkan plot cerita.

Dalam sesebuah drama terdapat watak utama dan watak sampingan. Selalunya dalam sesebuah drama terdapat satu watak utama, tetapi pada saya sesebuah drama mempunyai dua watak utama, iaitu watak protagonis (watak yang menyokong idea penulis) dan watak antogonis (watak yang menentang idea penulis).

Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang menarik. Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang menyokong protagonis ataupun antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita.

iv. Latar : tempat & masa
Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya dijelaskan melalui latar. Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen, drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari satu babak ke satu babak yang lain.

v. Struktur : Eksposisi, konflik, klimaks & peleraian
a. Eksposisi
-Bahagian perkembangan cerita dalam naskhah yang melibatkan unsur sebab dan akibat

b. Konflik
-Pertentangan idea, falsafah dalam watak sendiri, dengan watak lain dan alam

c. Klimaks
-Puncak cerita atau titik tertinggi dalam sebuah cerita dalam naskhah

d. Peleraian
-Penyelesaian yang dilakukan oleh penulis untuk penonton. Sama ada happy ending atau diakhiri dengan persoalan yang perlu dirungkai sendiri oleh penonton.



Struktur ( Bentuk ) Dalam Teater juga boleh dilihat melalui aspek yang berikut :a. Kesatuan (mantap)b. Pertalian (psikologi watak dengan aksinya)c. Pemilihan (penegasan)d. Proposi (kedudukan)e. Penyusunan (komposisi)f . Intensifikasi (kesan dramatik, kontras, kejutan, corak, warna yang bertenaga)
vi. Bahasa (laras bahasa bualan & bahasa penulisan)
Asas sebuah naskhah lakon ialah perkataan atau dialog. Naskhah terbina oleh dialog dan aksi. Oleh itu, bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup penting bagi sesebuah drama. Daripada bahasa yang dituturkan oleh pelakon itu, pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan. Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami supaya berkesan kepada penonton.

Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan. Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Justeru itu, dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang penonton dapat memahami dialek tersebut.

Kekuatan sesuatu watak itu terpancar daripada kualiti dialog yang diucapkannya. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton. Oleh itu, pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan penonton sesebuah teater.

vii. Tema dan pemikiran
Kreativiti seseorang penulis untuk berkarya tidak terbatas. Tema atau pemikiran yang ingin disampaikan boleh mengungkapkan falsafah, kesedaran budaya, misteri-keajaiban, berita-peristiwa, sumber mitos-lagenda. Karya fiksyen dari negara lain yang boleh dijadikan panduan untuk berkarya. Bukan bertujuan untuk menciplak plagiat karya.

vii. Format
Naskhah lakon mempunyai formatnya yang sendiri. Anda wajar mengikut format yang standard apabila menulisnya supaya ia mudah dibaca, difahami oleh pengarah dan yang penting ia menunjukkan yang anda memahami genre sastera yang anda tulis. Dalam format penulisan naskhah, anda perlu memuatkan perkara-perkara yang berikut:
a. Muka surat judul yang mempunyai judul, nama penulis (nama anda), judul sumber asal (novel) jika naskhah itu karya adaptasi, nama dan tempat terbit (jika diterbitkan) dan tahun.
b. Sinopsis. Anda perlu juga menulis sinopsis atau ringkasan naskhah anda (kira-kira 150 patah perkataan). Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang watak, tema dan perjalanan cerita dan yang penting mampu menarik minat untuk menonton karya anda.
c. Watak dan senarai watak – Anda perlu memberikan senarai watak yang terlibat dalam drama anda serta deskripsi ringkas tentang perwatakannya seperti bentuk fizikal, usia dan sifat-sifat tertentu watak itu.

d. Pecahan babak juga perlu (jika ada babakan). Adegan atau babak sesebuah drama berlaku dalam satu ruang tempat, masa dan watak. Oleh itu, ruang tempat, masa dan watak perlu juga diberitahu sebelum sesuatu adegan itu bermula.
e. Format atau stail menaip naskhah terdapat beberapa bentuk. Lihatlah bentuknya daripada beberapa naskhah yang pernah anda baca. Dalam melengkapkan sebuah naskhah lakon, antara perkara berikut perlu diambil perhatian iaitu nama watak hendaklah dalam huruf besar dan dihitamkan.


Analisis naskhah lakon

Kajian Naskhah Lakon

i. Sinopsis
Sebuah naskhah lakon mampu menarik perhatian penonton melalui ringkasan cerita yang disampaikan sebagai pengenalan ringkas naskhah lakon. Suatu penerangan komprehensif perjalanan plot naskhah lakon.

ii. Latar
Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya dijelaskan melalui latar. Latar dalam penulisan naskhah lakon penting dijelaskan, tetapi perincian latar adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen, drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau props yang kerap dari satu babak ke satu babak yang lain.

ii. Tema
Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya.

Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah, selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai sub-teks.


iv. Plot
Plot sangat penting dalam pembinaan struktur naskhah. Plot adalah struktur naskhah yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita.

Plot bukan cerita atau naratif. Mengikut E.M. Forster cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu. Penulis perlu memahami bahawa dalam sesebuah persembahan teater, usaha menarik perhatian penonton dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah tugas yang cukup penting.

Sebuah plot mesti berupaya menarik perhatian dan mencipta suspens dan di sinilah kesemua binaan dramatik memberi tumpuan. Harapan atau jangkaan penonton atau pembaca mesti dibina (tetapi hanya diselesaikan pada babak adegan terakhir), aksi (adegan) mesti kelihatan hampir mencapai objektifnya tetapi ia perlu tidak tercapai sehinggalah di akhir adegan, dan yang paling penting sebuah plot mesti mempunyai kepelbagaian (variasi) rentak dan tempo. Sebuah plot yang monotonos akan hanya menghilangkan minat penonton dan akhirnya kelihatan hambar dan mendatar.
Terdapat beberapa bentuk suspens atau ketegangan yang boleh dicipta dalam sesebuah naskhah. Soalan-soalan asas ini boleh menjadi contoh ketika hendak memulakan tulisan skrip anda, “Apa yang akan berlaku selepas ini?”, atau yang sama maksudnya, “Saya tahu apa yang akan berlaku, tetapi bagaimana ia akan berlaku?” Atau, “Saya tahu apa yang akan berlaku dan saya tahu bagaimana ia akan berlaku, tetapi bagaimanakah watak X memberi reaksi atau bertindak balas kepadanya?”
Soalan-soalan asas ini wajar berlaku di awal bahagian skruktur dramatik naskhah anda supaya penonton anda dapat terus bersedia kepada elemen utama suspens dalam naskhah anda. Seseorang mungkin mengatakan tema utama sesuatu naskhah itu mesti jelas. Bagaimanapun dalam sebuah skruktur naskhah lakon yang baik, ia terletak pada persoalan. Contohnya, siapakah yang melakukan pembunuhan itu, lelaki manakah yang akhirnya berjaya memiliki gadis itu, atau bagaimana bila sesorang suami mengetahui yang isterinya berlaku curang dan memiliki kekasih lain?
Apabila penonton telah mengetahui tema dan persoalan dan objektif aksinya, maka jangkaan mereka akan tertumpu kepada titik akhir teater tersebut (penyelesaian) dan tahu ke mana tumpuan teater tersebut akan bergerak. Perhatian penonton tertumpu ke arah yang betul. Bagaimanapun perlu juga diketahui, tumpuan perhatian penonton selalunya adalah pendek.

Satu elemen suspens utama tidak mencukupi untuk terus mengikat perhatian penonton. Oleh itu, sebuah struktur naskhah lakon memerlukan suspens sampingan. Jadi suspens sampingan ini akan mendukung elemen suspens yang utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan atau bahagian naskhah, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum struktur naskhah tersebut.
Dalam pembentukan plot, setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan sesuatu akibat yang wajar. Ia merupakan hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri. Oleh itu, seseorang penulis perlu memastikan tindakan sesuatu watak itu wajar mengikut latar watak, tempat dan waktu, dan peristiwanya dan akibat yang berlaku itu adalah munasabah.

v. Watak
Dalam sesebuah naskhah lakon yang dihasilkan, terdapat watak utama dan watak sampingan. Selalunya terdapat satu watak utama, tetapi pada sebenarnya naskhah ada mempunyai dua watak utama, iaitu watak protagonis (watak yang menyokong idea penulis) dan watak antogonis (watak yang menentang idea penulis).

Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang menarik. Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang menyokong protagonis ataupun antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita.

vi. Set
Set yang diwujudkan dalam bergantung kepada naskhah lakon yang dihasilkan. Set hanya dapat dilihat apabila naskhah dipentaskan. Namun, lakaran set boleh digambarkan oleh tenaga produksi. Set yang dibina 4hendaklah sesuai dengan kehendak naskhah lakon.

vii. Props
Props yang digunakan juga disesuaikan dengan naskhah yang hendak dipentaskan. Props bukan diwujudkan secara wewenang tetapi membantu pelaku dalam persembahan teater. Dengan erti kata lain, props mesti digunakan kerana membawa fungsi-fungsi tertentu dalam persembahan.

viii. Kostum
Penampilan pelaku dalam sesebuah pementasan boleh dikaji melalui kostum yang digayakan. Karektor pelaku diperlihatkan melalui kostum yakni watak dan perwatakan pelaku dipaparkan melalui pengayaan kostum. Pada masa yang sama, kostum yang digunakan turut akan menggambarkan latar yang ingin dipentaskan juga.

ix. Tata cahaya
-memperlihatkan apa yg dipentaskan-mewujudkan mood (ekspresi)-menyampaikan maklumat (waktu)-penegasan (kepentingan terhadap objek atau individu)-penampilan set-penampilan nilai : nilai dramatik-pemilihan focus (daya tumpuan)-mewujudkan gaya dan ritma (pergerakan pelakon, perubahan scene, bunyi,
muzik, aksi, pengucapan)
-stail drama (sifatnya)

x. Muzik
Dasarnya, muzik yang digunakan dalam sesebuah naskhah lakon yang dipentaskan berdasarkan konsep persembahan teater. Jika sarat dengan muzik, pementasan akan dikenali sebagai teater muzikal. Sebaik-baiknya, elemen muzik hendaklah digunakan secara minima. Muzik mampu menambahkan mood dan jiwa rasa kepada penonton semasa persembahan teater.

xi. Kesan bunyi
Pendengaran adalah pelengkap kepada objek, peristiwa dan aktiviti dalam karya. Walaupun tidak sepenting deria lihat, namun segala bunyi yang terdapat dalam karya dapat membantu menampilkan unsur audio-visual yang akan menjadikan karya berkenaan lebih aktif dan hidup.

Bunyi-bunyi ini dapat diterapkan menerusi pengajukan dan peniruan segala ragam bunyi yang terhasil oleh fenomena-fenomena tertentu daripada objek-objek yang direka khas oleh manusia dan bunyi-bunyi yang menjadi tabiat semua makhluk yang bernyawa dan tidak bernyawa seperti angin, ombak, daun, hujan dan sebagainya.

Bunyi membantu melengkapkan latar suasana dalam karya kerana setiap latar suasana menerbitkan bunyi yang berbeza mengikut waktu dan keadaan dan yang terpenting akibat daripada aktiviti kehidupan pada waktu-waktu tersebut.


Adegan & Babak

i. Babak
Bahagian dalam sesebuah naskhah yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.

ii. Adegan
Adengan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.

Tokoh – Tokoh Teater

a) Hamzah Awang Amat – Wayang kulit
b) Pak Majid baju Merah – Wayang Kulit
c) Adi guru Pak Nasir – Wayang Kulit
d) A Rahman B – Bangsawan
e) Rohani B – Bangsawan
f) Mak Minah Yem – Bangsawan
g) Mak Enon – Bangsawan / Sandiwara
h) Shaharum Hussain - Sandiwara
i) Kala Dewata ( Mustapha Kamil Yassin ) – Realisme
j) Osman Awang - Realisme
k) Nordin Hassan – Absurd
l) Hatta Azad Khan – Absurd
m) Zakaria Ariffin – penulisan kreatif
n) Johan Jaafar – penulisan kreatif




Tokoh – Tokoh Teater

Wayang Kulit.

Hamzah bin Awang Amat.

Pengenalan dan latar belakang :

- Di lahirkan pada tahun 1940.
- Berasal dari Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat Kelantan.
- Mula melangkah kealam persekolahan pada tahun 1949, beliau telah di masukkan ke Sekolah Sungai Pinang.
- Di situ beliau telah mempelajari kemahiran membaca dan menulis jawi dan rumi termasuklah pelajaran – pelajaran lain seperti Ilmu Hisab ( Matematik ) sehingga tahun 1954 yang ketika itu beliau berada di darjah empat.
- Berpindah ke Sekolah Kampung Laut untuk mengulangi kembali pelajaran di peringkat darjah empat.
- Di situ, pada setiap hari Rabu, sekolah tersebut akan mengajar beliau beberapa kemahiran pertukangan seperti mengayam tikar, membuat senduk kayu, membuat gayung, tudung saji dan sebagainya.


Sejarah bermula sebagai Tok Dalang.

- Minatnya pada wayang kulit bermula ketika beliau menuntut di darjah tiga iaitu semasa berumur dua belas tahun, di mana pada ketika itu persembahan wayang kulit sudah berada di era komersial.
- Pak Umar salah seorang dalang yang terkenal pada ketika itu, adalah salah seorang guru tidak rasmi bagi beliau, Hamzah sering mengikut persembahan kumpulan Pak Umar.
- Akan tetapi guru sebenar Hamzah ialah Pak Awang Lah yang juga salah seorang Tok Dalang yang terkenal pada ketika itu.
- Pada ketika umur beliau enam belas tahun, keghairahannya mendalami wayang kulit mula terserlah, keghairahan beliau mendalami ilmu wayang kulit dianggap sebagai “ angin wayang “, iaitu perasaan keinginan yang kuat terhadap ilmu wayang.
- Pada ketika itu beliau telah mula mencatatkan satu sejarah dalam dunia teater tradisi Malaysia ini dengan memperkenalkan ‘ wayang budak ‘ iaitu dalan paling muda.
- Kesungguhan Hamzah pada ketika itu membuat Awang Amat ( ayahanda ), merasakan sudah tiba masanya untuk beliau mengajar anaknya tentang ilmu perdalangan tersebut.
- Antara guru – guru lain yang mengajar Hamzah ialah Tok Awang iaitu rakan Awang Amat, Tok Adam yang mengajarnya dan rakan – rakannya bermain muzik.
- Pada awalnya cerita yang disampaikan oleh Hamzah banyak dipengaruhi oleh persembahan yang disaksikannya dari kumpulan Umar Yunus.





Sumbangan dan pencapaian

Membawa Wayang Kulit ke Luar Negara

- Di awal pembabitan beliau dalam dunia wayang kulit, banyak membuat persembahan di sekitar Terengganu dan Kelantan.
- Membawa keunggulan dalam persembahan wayang kulit di “Seminar Teater dan Tari Asia Tenggara “ di Universiti Malaya. Kuala Lumpur pada tahun 1969
- Keunggulannya membuat persembahan di Kuala Lumpur, telah menambat hati para peminat teater tradisi dari dalam ataupun luar Negara, dan telah membuka peluang kepada beliau membuat persembahan di Eropah dan kemudian di Amerika Syarikat.
- Pada 16 Disember 1971 Tan Sri Mubin Sheppard telah membuat pengumuman di Kelab Rotary bahawa Kumpulan Seri Setia, iaitu kumpulan Hamzah akan membuat persembahan di Eropah dan Amerika Syarikat.
- Pada tahun 1973 Hamzah dan kumpulannya giat membuat persembahan di sekitar Negara Timur Eropah, Iran, dan Russia.
- Pada tahun 1974 pula kumpulan beliau membuat persembahan bergerak ke sekitar Amerika Syarikat, dan setiap kali beliau membuat persembahan di luar Negara pasti mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebagai guru wayang kulit

- Selain daripada menjadi seorang dalang yang Berjaya dan terkenal, Hamzah juga tidak terlepas dari menjadi seorang tenaga pengajar yang berkaliber.
- Menjadi tok dalang yang terkenal dan juga menjadi tenaga pengajar yang berkaliber dan telah memperkenalkan seni teater wayang kulit ini kepada beribu orang belia.
- Antara muridnya yang paling di kenali ialah Patricia Matusky iaitu pemegang Ijazah dalam bidang muzik teater tradisi.
- Banyak mengendalikan bengkel wayang kulit di Pusat – pusat Pengajian Tinggi, seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Sains Malaysia.
- Menjadi rujukan kepada pengkaji – pengkaji baru dalam bidang teater dan seni seperti Prof. Madya Ghulam-Sarwar Yousof.

Penerima Anugerah Seni Negara.

- Pada tanggal 26 November 1993 Hamzah Awang Amat telah menerima suatu pengiktirfan yang tertinggi iaitu Anugerah Seni Negara yang telah disampaikan sendiri oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong




Tokoh – Tokoh Teater

Bangsawan.

Rahman B.

Pengenalan dan Latar Belakang.


- Abdul Rahman b Abu Bakar ataupun lebih di kenali sebagai Rahman B adalah salah seorang tokoh teater bangsawan.
- Putera kepada Abu Bakar b Hj. Salleh dan Kasminah di mana kedua – dua orang tuanya juga adalah anak seni.
- Di lahirkan pada tahun 18 Mei 1953, di Batu 4 Jalan Kapar, Kelang
- Mula bermain wayang pada umurnya 8 – 9 tahun, apabila diundang oleh Diamond Star Opera bagi memainkan watak budak ketika itu.
- Mendapat pendidikan secara formal tidak lama akibat perang pada waktu itu, menyambung persekolahan beberapa ketika di Kulim Kedah dan Taiping Perak.

Pengelibatan Dalam Dunia Wayang

- Selepas beberapa ketika mengikut Diamond Opera Star, beliau kembali semula ke Rahman Star Opera apabila kumpulan itu bermain di Pasir Mas Kelantan.
- Kehidupannya sebagai “anak wayang”, mendedahkan secara langsung kepada kesenian ‘ wayang ‘ atau bangsawan.
- Rahman juga berpeluang mempelajari seni lakon bangsawan sejak zaman kanak – kanak lagi berdasarkan pemerhatian dan tunjuk ajar dari para pelakon yang terlibat dalam kumpulan bangsawan Abu Bakar.
- Kesungguhannya dalam mempelajari seni lakon bangsawan telah memberikan beliau peluang berlakon pelbagai peranan semasa berumur sepuluh tahun. Antara watak yang pernah beliau pegang semasa kanak – kanak ialah watak Tengku Cik dalam pementasan teater Raden Mas.
- Perjalanannya sebagai anak wayang begitu banyak dan berliku, pelbagai jenis watak telah beliau mainkan sewaktu bersama produksi wayang ayahnya.
- Pada tahun 1972 Rahman dan rakan – rakannya yang berminat dalam bidang pentas Bangsawan ini menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Pertubuhan Seni Bangsawan Negara atau ringkasnya PESBANA.
- Pada tahun 1973 apabila PESBANA telah berpecah, Rahman menubuhkan semula Bangsawan Bintang Timur, yang dahulunya adalah produksi milik ayahnya.
- Melalui Bangsawan Bintang Timur, dia bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk mementaskan beberapa buah bangsawan.
- Dan pada tahun 1974, Bangsawan Bintang Timur telah diangkat menjadi Persatuan Bangsawan Bintang Timur, ( PBBT ).
- Melalui PBBT yang diuruskan oleh Rahman dan rakan- rakannya, dengan baik telah menarik pihak Radio Television Malaysia membentuk drama television.
- Atas nama Persatuan Bangsawan Bintang Timur Produksi, mereka telah berjaya menerbitkan lima buah drama berdasarkan cerita Bangsawan iaitu Si Bongkok Tanjung Puteri, Meniti Ke Neraka, Istana Iman, Megat Panji Alam,dan Buluh Rencong
- Pernah berlakon di bawah produksi Pentas Bergerak Felda yang di uruskan oleh FELDA selepas berlakunya perpecahan di PBBT.
- Pada 24 Januari 1975 beliau telah meletakkan jawatan sebagai pelakon di Pentas Bergerak Felda.
- Pada penghujung dekad enam puluhan, Rahman banyak mendapat tawaran berlakon filem terbitan Merdeka Studio, antaranya Amuk Tuk Nading,Kanchan Tirana, Harimau Berantai, Semambu Kuning dan Pancaindera Harimau Berantai.
- Selain berlakon Rahman juga bergiat aktif dalam persatuan pemuzik dan bermain muzik, pernah juga menyertai kumpulan ghazal Sri Maharani Muar.
- Selepas banyak tahun menghambakan diri pada dunia bangsawan akhirnya dia terpaksa akur yang era bangsawan semakin pudar.
- Pada tahun 1994, Rahman mendapat tawaran bekerja di Syarikat HVD, sebagai Penasihat Bahagia Melayu
- Dan pada tahun 1997 apabila kursus wajib iaitu bangsawan mula di ajar di ASK kini dikenali sebagai ASWARA Rahman telah di lantik sebagai tenaga pengajar bangsawan ketika itu.

Pencapaian Tertinggi

- Pada 27 Februari 2004 beliau telah menerima anugerah tertinggi dalam hidupnya iaitu Anugerah Seni Negara yang ke-6 di atas sumbangan beliau dalam bidang bangsawan ini.




Tokoh – tokoh Teater

Bangsawan

Primadona Bangsawan Aminah Nani.

Latar Belakang

- Mendapat jolokan Mak Minah Alias atau nama sebenarnya Aminah Nani.
- Dilahirkan pada 15 Januari 1919, di Lorong Pisang Singapura.
- Puteri kepada Raden Harnani ( bapa ) dan Fatimah bt. Abdullah ( ibu ).

Penglibatan dalam bangsawan

- Menceburkan diri dalam dunia bangsawan seawal umur 8 tahun, namun pembabitannya waktu ketika itu adalah tidak rasmi kerana mengganti seorang pelakon kanak – kanak yang demam waktu tersebut.
- Watak pertamanya adalah sebagai Puteri Geno Fifa di dalam bangsawan ‘Geno Fifa’
- Akan tetapi di awal ibunya melarang Mak Minah membabitkan dari sebagai pelakon, kerana pada ketika itu mereka yang terlibat di bidang seni di pandang hina oleh masyarakat.
- Pada umurnya 11 tahun apabila ibunya bercerai dengan ayahnya ketika itu telah mengheret kembali Mak Nani ke dunia bangsawan di mana dia, ibunya serta adiknya Abdullah telah menyertai Dean Opera.
- Pada awalnya Mak Minah hanya di beri peranan sebagai dayang, penari dan penyanyi extra turn.
- Mak Minah tidak pernah berasa malu tetapi lebih gigih untuk memahami dunia lakonan melalui pemerhatian beliau ketika melihat Sri Panggung lain beraksi.
- Keluar dari Dean Opera Mak Minah kemudiannya menganggotai kumpulan British Malaysia Opera.
- Setelah beberapa ketika bersama British Malaysia Opera, Mak Minah kemudiannya menyertai Wayang Zainol,
- Setelah Wayang Zainol berkubur Mak Minah menyertai pula Royal Opera dan di situ Mak Minah masih lagi menjadi chorus girl dan penyanyi extra-turn .
- Pelbagai jenis produksi telah Mak Minah ikuti, antaranya Kiah Opera dan Grand Jubilee Opera, dan pada ketika umurnya 14 tahun dia telah di angkat menjadi Sri Panggung.
- Pada tahun 1948 Mak Minah dan suaminya Allahyarham Pak Alias mendirikan kumpulan bangsawan sendiri iaitu Grand United Opera dan banyak membuat persembahan di selruh semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak, disamping Brunei.
- Pada tahun 1954 bersama rakan – rakannya mereka telah terpilih mewakili Malaya ke Pakistan Arts Council International Festival of Dance and Music di Dacca. Selama sebulan.
- Selepas kemerdekaan bersama suaminya mereka menubuhkan kumpulan bangsawan PERMAKADI ( Perhubungan Masyarakat Kawasan D ).
- Pada tahun 1970, pasangan seni ini menubuhkan pula kumpulan Bangsawan Sri Timor dan bertahan sehingga 1978.
- Dan pada 28 Februari 1988, Persatuan Artis Bangsawan ( PERAWAN ) di tubuhkan bertujuan memberi peluang kepada anak muda dan anak watan memperkembangkan bakat mereka.



Sebagai Tenaga Pengajar

- Dalam era kemerosotan bangsawan akibat wujudnya stesen televisyen dan radio, Mak Minah menjadi tenaga pengajar dalam bidang tarian di DTC ( Day Training College ), MTC ( Malaysia Training College ) dan beberapa buah sekolah di Pulau Pinang.
- Pada tahun 1978 Mak Minah di lantik sebagai tenaga pengajar atau jurulatih bangsawan di Pusat Seni, Universiti Sains Malaysia ( USM ).
- Mak Minah juga aktif menjadi fasilitator dalam kursus – kursus yang melibatkan teater dan drama, antaranya menjadi fasilitator dalam kursus insentif bangsawan anjuran Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak
- Pada tahun 1992, Mak Minah dan suaminya diundang khas oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai jurulatih dalam Bengkel Bangsawan kelolaan Dr. Zainal Latiff.
- Pada tahun 1994 dalam usianya yang agak lanjut iaitu 75 tahun, Mak Minah menerima tawaran dari Penang Culture Centre sebagai tenaga pengajar dalam tarian tradisional.
- Pada 1998, beliau telah dijemput ke Singapura selama 2 minggu oleh kumpulan teater KAMI sebagai pakar rujuk pementasan bangsawan ‘ Pentas Opera ‘.
- Pada tahun 1998 hingga 2000, Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pulau Pinang turut menggunakan kepakaran Mak Minah dengan melantiknya sebagai pakar rujuk terutamanya dalam bidang bangsawan.


Anugerah dan Pencapaian.

- Pada tahun 1968 suara lemak merdunya telah melayakkan beliau dinobatkan sebagai Naib Johan Dondang sayang, peringkat kawasan utara Pulau Pinang.
- Kumpulanya iaitu PERAWAN telah dinobatkan sebagai juara Manifestasi Bangsawan ketika mementaskan Raden Mas di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ), Kuala Lumpur pada 24 Disember 1988.
- Pada 20 Disember 1989 Kumpulan PERAWAN juga telah menerima anugerah Piala Harapan sewaktu menyertai Manifestasi Bangsawan yang juga diadakan di DBP dengan judul cerita Bunga Bakawali.
- Menerima penghargaan dan pengiktirafan sebagai tokoh bangsawan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pulau Pinang pada bulan November 1999.



Tokoh – tokoh Bangsawan.

Realisme

Seniman Negara Dato’ Jins Shamsudin

Latar Belakang

- Berasal dari Kampung Batu 10, Sungai Limau, Jalan Trong.
- Di lahirkan pada 5 November 1953.
- Putera kepada Samsudin b Kassim dan Hajah Mariam.
- Nama sebenarnya ialah Mohd Zain.
- Pendidikan awal di Sekolah Melayu Bendang Siam Batu 8, pada tahun 1941
- Pada tahun 1946, Jins Shamsudin menduduki Peperiksaan Darjah IV atau peperiksaan Special Malay Class, untuk menyambung pengajian di Sekolah King Edward VII.
- Dan pada tahun 1947 Jins Shamsudin telah di terima masuk ke Sekolah King Edward VII.
- Setelah tamat persekolahan beliau mengikuti kursus dalam bidang pertanian, kursus ini diadakan di School of Technical Cultivation.
- Pada 9 Februari 1961 telah menamatkan zaman bujangnya dan berkhawin dengan seniwati Rahmah Rahmat.

Penglibatan di Layar Perak.

- Di awal pembabitanya dalam bidang seni, adalah apabila beliau telah di uji bakat oleh P.Ramlee pada tahun 1947 di Studio Jalan Ampas.
- Di awal pembabitanya juga, berlakon sebagai Jefri Zain.
- Lakonan pertamanya bersama produksi P.Ramlee adalah dalam filem Panca Delima di awal tahun 50-an
- Pada 11 Januari 1969 beliau telah berangkat ke Hong Kong berlakon dalam filem ala-James Bond.
- Setelah beberapa lama berlakon, pada 16 Disember 1968 beliau telah di beri kepercayaan menjadi teraju utama atau Pengarah Filem.
- Demi meningkatkan kemahirannya dalam bidang seni layar pada tahun 1970 beliau telah berangkat ke London untuk mendalami seni lakon dan telah berada di sana selama 2 tahun sehingga tahun 1972
- Pada 1 Ogos 1976 beliau telah melancarkan filem Menanti Hari Esok.
- Dan pada 8 November 1977 tayangan perdana filem Menanti Hari Esok dilakukan.
- Pelbagai watak telah di jayakan oleh Jins Shamsudin antaranya watak antagonis, wira dan orang tua, dan antara filem lakonannya ialah, Panca Delima, Kasih Sayang, Sergeant Hassan, Samseng, Lela Manja dan Dandan Setia.
- Filem arahannya yang pertama adalah Bukan Salah Ibu Mengandung .





Sumbangan dan Pencapaian.

- Pada tahun 1959, beliau telah dianugerahkan Pengarah Terbaik bagi drama pentas Megat Terawis.
- Pada tahun yang sama juga beliau telah dipilih sebagai Bintang Harapan Pertama.
- Pada tahun 1965, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Lembaga Penapis Cerita Studio MFP.
- Pada 4 April 1973 telah Memajukan Memorandum dalam Seminar Ekonomi Bumiputera.
- Di lantik sebagai Presiden, Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) pada 26 Mac 1985.
- Pada tahun 1 April 1985 dilantik sebagai Ahli Cipta di Universiti Sains Malaysia.
- Pada 14 Disember 1986 telah menerima Anugerah P.Ramlee.
- Pada 19 April 1990 beliau telah di anugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato’ daripada Paduka Sri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
- Penerima Anugerah Seniman Negara pada tahun 2006.
SINOGRAFI

Pengenalan:

- Bersifat visual
- Harus berinteraksi dan berkomunikasi dengan penonton
- Memainkan peranan utama untuk memberi interpretasi penonton terhadap teater yang akan dipentaskan.
- Perlu ada penyelidikan, penelitian yang terperinci – latar budaya, sosial, agama dan politik setempat naskah yang dipentaskan.
- Berunsurkan artistik dan estetika dalam rekaan

Jenis-jenis

a) Set dan props
b) Pentas
c) Kostum
d) Tatacahaya
e) Tatabunyi
f) Tatarias
g) Multimedia
h) Kesan khas / Tasmat

a) Set dan props:

Keperluan – keperluan tertentu di dalam hiasan latar:
- Elemen hiasan latar mestilah berfungsi dan bukan hanya menjadi ”tempelan” semata-mata.
- Set harus kukuh dan mudah pindah.
- Kehadirannya harus jelas dilihat supaya ilusi tidak terjejas.
- Set harus ringan, terbentuk di dalam unit-unit (adjustable).
- Hiasan yang dibentuk dapat digunakan berkali-kali.
- Tidak membahayakan pelaku dan pekerja.

Set
- menghasilkan ‘environment’ /suasana kepada pelakon.
- mengekalkan tone dan stail produksi.
- membezakan antara teater realistik dengan bukan realistik.
- menunjukkan tempat dan waktu berlakunya cerita dalam teater itu.
- pastikan rekaan set selari dengan elemen produksi yang lain.


Props
- sesuatu yang digunakan pelakon untuk membantu kepada kejadian wataknya.
- bahan membantu dalam set yang dicipta untuk mewujudkan ketulenan suasana yang dicipta dan mencetuskan unsur-unsur dramatik.
- props digunakan oleh pemain dalam permainan wataknya.
- contoh: keris, topi, pisau dan lain-lain.




b) Pentas

Pentas merupakan tempat yang digunakan oleh sesebuah produksi teater bagi mementaskan hasil produksi. Di pentas inilah para pelaku akan memainkan watak dan cerita yang telah dilatih sebagai tontonan umum. Pada umumnya, pentas lakon boleh berada di mana-mana dengan maksud tidak semestinya diadakan dalam sebuah panggung. Pentas lakon boleh saja diadakan di tempat letak kereta misalnya. Namun demikian, bagi tujuan ini pentas yang dimaksudkan merujuk kepada beberapa jenis yang biasanya digunakan bagi mementaskan sebuah pementasan teater.


• Jenis-jenis dan bentuk-bentuk pentas :
i) Pentas proscenium
ii) Pentas arena
iii) Pentas Thrust ( unjuran )
iv) Pentas semi arena
v) Frame
vi) Persekitaran
vii) Pentas terbuka
viii) Black box
ix) Amphitheater
x) Caliper
xi) Pentas sekitar ada ( Happening )



Ø i) Pentas Proscenium

- pentas yang lazim digunakan untuk sesuatu persembahan teater.
- menempatkan penonton di sebelah depan sahaja.
- kiri kanan pentas biasanya ada panel sisi ( side wing ) dan belakang pentas.
- Contoh: pentas-pentas yang ada di kebanyakan sekolah.



ii) Pentas Arena
- dikenali juga dengan nama ‘theatre in the round’.
- kawasan lakon biasanya empat segi atau bulat.
- kedudukannya ditengah-tengah dewan dengan para penontonnya mengelilingi keseluruhan pentas itu.
- Contoh : seperti stadium bola sepak


iii) Pentas Thrust (Unjuran)
- suatu sambungan kepada pentas procenium.
- Kedudukan penonton berada di bahagian depan dan sisi
- Juga dikenali sebagai ‘The Three-Quarter-Bound Theatre’
- Contoh: pentas cat walk


c) Kostum
- Merupakan satu kemestian dalam permainan teater
- Merupakan bahan yang penting kepada pelaku dalam sesebuah pementasan.
- Rekabentuk kostum haruslah menepati kehendak rekabentuk pementasan.
Fungsi
- Untuk mengenalpasti konsep produksi.
- Bagi menentukan zaman dan latar tempat.
- Menetapkan latar kedudukan watak dalam masyarakat dari sudut sosial, politik dan ekonomi yang sekaligus akan mencerminkan latar sosio-budaya setempat.
- menunjukkan pesonaliti watak.
- hal-hal yang berkaitan dengan simbolisme sebagai contoh pelaku yang membawa watak bunga, haiwan dan lain-lain.
-

d) Tatacahaya
Penataan cahaya pentas bermaksud segala bentuk iluminasi di pentas. Pereka bentuk cahaya menentukan setiap ruang cahaya seperti warna, adunan, bilangan lampu, intensiti dan kebenderangan lampu. Selain itu pereka bentuk cahaya juga menentukan sudut di mana cahaya perlu menyinari pelaku dan jangka waktu yang diperlukan untuk diterangkan, digelapkan atau disuramkan berdasarkan keperluan cerita.

Fungsi
- Fungsi utama ialah untuk membekalkan kejelasan di atas pentas.
- Membantu memberi kesan dramatik dalam adegan pementasan.
- membantu menyatakan tempat dan waktu.
- Membantu mewujudkan ‘mood’ cerita dan watak.
- Menguatkan ‘stail’ produksi.
- Memberi fokus di pentas.
- Menghasilkan komposisi visual.
- Menguatkan imej visual yang central.

e) Tatabunyi
Tatabunyi dalam teater merujuk kepada segala unsur seni yang melibatkan bunyi. Bunyi bukannya hanya merujuk kepada lagu mahupun muzik yang dirakam sahaja. Semua unsur-unsur yang berkaitan dengan bunyi seperti suara mengumam, suara alam, ketukan, tepukan dan sebagainya harus diberi perhatian oleh pengurus tatabunyi dan pengarah dalam menggarap sebuah pementasan teater.
Tidak semua persembahan teater memerlukan bunyi sebagai latar yang mengiringi. Keperluan satu-satu tatabunyi bergantung kepada keperluan cerita dan kehendak pengarah produksi.

Fungsi
- Membantu menaikkan ‘mood’ penceritaan dalam sesebuah pementasan teater.
- Membantu memberi kesan emosi dalam adegan (yang dipilih) sesebuah pementasan teater.
- Pemilihan kesan bunyi yang digunakan hendaklah benar-benar sesuai dan diperlukan dalam sesebuah persembahan dan bukannya mengikut suka hati yang peranannya hanya sekadar tempelan.
- Pengadunan kesan bunyi (audio) hendaklah sebati (blend) dengan keseluruhan perjalanan sesebuah pementasan teater.

f) Tatarias
Satu lagi komponen sinografi yang tidak kurang pentingnya dalam sesebuah kerja pentas ialah tatarias. Tatarias pentas terutamanya teater amat berlainan sekali dengan tatarias biasa. Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan watak dan pencahayaan agar tidak ditenggelami oleh latar dan cahaya lampu. Tatarias juga hendaklah bersesuaian dengan kostum yang digunakan dan perlulah berbeza pada setiap konsep persembahan dan watak yang dibawa oleh pelaku dalam persembahan. Tatarias yang tidak sesuai dari segi kombinasi warna akan mencacatkan watak dan perwatakan sekaligus keseluruhan ‘mood’ persembahan.

Fungsi
- Peranan utama tatarias ialah bagi menonjolkan wajah pelaku kerana apabila berada di pentas dengan pancaran tatacahaya yang begitu terang akan menyebabkan wajah pelaku menjadi pucat sekiranya tidak diletakkan tatarias yang sewajarnya.
- Membantu meyakinkan dari segi watak yang dipegang oleh seseorang pelaku dalam persembahannya.
- Mampu memberi kesan khas dari sudut watak yang memerlukan ‘special effect’ pada garapan perwatakan yang dipegangnya.



g) Multimedia
Unsur sinografi yang menjadi ‘trend’ dalam pementasan teater dewasa ini ialah unsur-unsur multimedia. Penggunaan multimedia dalam pementasan teater juga mestilah mempunyai peranan dan kegunaan yang bersesuaian dengan cerita dalam pementasan tersebut malah bukannya sekadar tempelan dan akhirnya akan merosakkan keseluruhan persembahan. Penggunaan unsur multimedia juga seharusnya sebati (blend) bersama dengan cerita itu sendiri ataupun menjadi sebahagian dari cerita dan bukannya berdiri dengan sendiri. Maknanya, penggunaan multimedia diperlukan untuk menguatkan lagi penceritaan sesebuah pementasan tetapi sekiranya kewujudan dan ketiadaan unsur multimedia tidak akan menjejaskan persembahan tersebut.
Contoh: permainan video di layar belakang pentas
Fungsi
- Membantu memperkukuhkan isi dan plot penceritaan.
- Memberi makna dan memperkuatkan adegan dalam sesebuah penceritaan.
- Membantu sebagai kesan – kesan khas sesebuah persembahan.


h) Kesan Khas / Tasmat :
Kesan khas memberi makna sebuah kesan yang membantu memberikan impact terhadap satu-satu adegan seperti kesan khas bunyi, kesan khas cahaya dan kesan khas tatarias. Kesan khas tjuannya adalah untuk memperkukuhkan unsur dramatik dalam sesebuah pementasan teater.
Contoh : Bunyi bom untuk adegan perang, warna lampu yang merah menyala untuk adegan pembunuhan dan kesan luka di muka.








26 Mei, 2009

Bengkel Teater Di Sarikei

FASILITATOR BENGKEL TEATER UNTUK GURU-GURU
SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
DI BAHAGIAN SARIKEI

18 - 21 MEI 2009

Bengkel teater diadakan di Bandar Sarikei anjuran KPSU Bahagian Kebudayaan. Kali ini ada sedikit kelainan kerana fokus pengisian bengkel untuk guru-guru sekolah menengah dan rendah di sekitar Bandar Sarikei. Kali ini peserta didedahkan dengan kaitan kemahiran dalam teater dengan Pengajaran dan Pembelajaran untuk semua matapelajaran akademik di sekolah. Bengkel telah berjalan dengan jayanya. Peserta telah berjaya mempersembahkan sebuah persembahan pendek sempena Majlis Penutupan hasil dari bengkel tersebut.




19 Mei, 2009

Teater Boneka



Boneka kain


Definisi:
Boneka (dari
bahasa Portugis boneca) adalah sejenis permainan yang terdapat dalam pelbagai bentuk, terutamanya manusia atau haiwan, Boneka boleh di katakan salah satu permainan yang paling tua, kerana permainan ini telah wujud pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir lagi.
Umumnya boneka di buat sebagai permainan kanak-kanak, namun adakalanya digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat
ghaib ataupun mistik contohnya upacara keagamaan pada zaman dahulu.


Perkembangan boneka dari zaman ke zaman
:


Masa 3000-2000 SM


Pada zaman ini, boneka umumnya dibuat daripada tanah liat, tulang, maupun patahan kayu, ataupun potongan kain. Bentuknya masih amat sederhana dan memiliki fungsi ritual. Contohnya di
Yunani dan Romawi kuno. Setiap anak perempuan harus memiliki boneka, kemudian dibuatkan bajunya, dan wajib menyimpannya hingga menjelang pernikahan. Saat menjelang pernikahan, boneka itu wajib diletakkan di altar Artemis (untuk orang Yunani) ataupun altar Diana (untuk orang Romawi) untuk upacara keagamaan. Di Mesir kuno, boneka digunakan sebagai pengganti korban manusia.

Masa 600 SM


Pada zaman ini mulai ada boneka yang bajunya sering di tukar ganti, dan kaki serta tangannya boleh digerakkan. Fungsi boneka masih sama seperti pada zaman sebelumnya, iaitu untuk upacara ritual. Boneka merupakan gambaran humanis.


Masa Abad ke-5


Inilah abad pertengahan. Bahan boneka dari kayu mula terhasil. Fungsi ritual boneka masih terasa pada zaman ini. Seperti di
Mexico, bonekanya digunakan untuk perayaan Natal. Bagi suku Indian Hopi, boneka menjadi sumber penting dalam upacara kesuburan (memohon supaya diberikan kesuburan atau kemakmuran).


Abad ke-14


Boneka moden mulai muncul di
Eropah bentuknya sangat berbeza dengan boneka yang ada sebelumnya. Wajahnya cantik dan halus seperti manusia, serta berdada. Pada zaman ini boneka tidak lagi bersifat ritual, Oleh itu, boneka menggunakan baju atau gaun dan rambut yang benar- benar mirip dengan mode pada zaman itu. Tidak ramai para bangsawan menggunakan boneka untuk dipamerkan sekaligus mempopularkan boneka di negara mereka (memandangkan pada masa itu majalah mode belum ada). Ini seperti yang dilakukan oleh ratu Perancis, Isabeau dari Bavaria, di hadapan ratu Inggeris. Kenyataannya berkat boneka, mode Perancis telah menjadi lebih popular di luar negeri.


Abad ke-15


Kalau pada zaman sebelumnya boneka dibuat untuk simpanan peribadi, mulai zaman ini ianya dikomersialkan. Fungsinya pun telah bertukar dari ritual dan mode menjadi permainan. Dalam sejarah tercatat, pembuat boneka secara komersial pertama berada di Jerman. Kota-kota yang memproduksinya adalah
Nuremberg, Augsburg, dan Sonneberg. Bersamaan dengan itu kilang pembuatan boneka terbentuk sehingga terdapat aturan standard dalam membuat dan memasarkan boneka. Penampilan boneka-boneka yang diproduksi di Jerman semasa itu umumnya seperti wanita.


Abad ke-16


Bahan dan mutu boneka terus diperbaiki. Pada tahun
1636 mulai tercipta boneka yang rambutnya dibuat daripada rambut wanita sebenar..


Abad ke-17


Pada zaman ini, boneka bukan hanya berbentuk wanita anggun, tetapi juga bentuk lain seperti bayi dengan baju tidur atau patung kecil dengan kostum
kelasi. Penampilan boneka tidak lagi sekaku dulu. Bahannya juga tidak lagi menggunakan kayu atau tanah liat, tetapi dari kulit lembut (soft leather) dan lilin supaya kulitnya tampak seperti manusia. Selain dari mata yang sudah boleh digerakkan, boneka juga sudah mula boleh mengeluarkan suara tangisan dan berjalan.


Abad ke-18


Pada zaman ini sudah mulai tercipta boneka yang boleh menyebut perkataan "Papa" dan "Mama" apabila ditekan. Bunyi Ini terhasilkan dari kotak suara rekaan
Johann Nepomuk Maelzel pada tahun 1827. Selain itu, bahan yang digunakan untuk membuat boneka semakin variatif. Selain lilin dan soft leather, porselin, seramik dan sebagainya.


Abad ke-19


Perkembangan boneka semakin berkembang maju. Para pembuat boneka saling bersaing untuk menghasilkan yang terbaik. Oleh kerana itu, pelbagai karakter boneka muncul di pasaran. Antara yang terkenal adalah "
Kewpie" (1913), boneka anak kecil yang berpipi tembam dan berperut besar buatan Rose O'Neill dari Amerika. "Raggedy Ann" (1918), boneka kain buatan Johny Gruelle yang mencerminkan kebaikan, keberanian, dan kejujuran, serta "Bye-Lo Babby" (1922), boneka bayi baru lahir yang boleh memejamkan mata pada waktu tidur buatan Grace Putnam dari Jerman. Pelbagai ekspresi dan elemen wajah boneka semakin lengkap. Ada yang ditambah bulu mata, lesung pipi, mulutnya dibuka sehingga giginya terlihat, kukunya diberi pewarna kuku,


Abad ke-20


Pada zaman ini, boneka di pasaran kebanyakan dibuat dari
plastik dan vinil. Kelebihan boneka tidak hanya dalam ekspresi tetapi juga style. Contohnya Barbie yang muncul tahun 1959 diciptakan oleh Ruth Handler. Boneka remaja tersebut memiliki aksesoris, baju dan perlengkapan yang bermacam-macam, dan rambutnya boleh dicuci, disikat sama seperti rambut manusia.


Festival boneka


Di beberapa negara, boneka tidak hanya dipamerkan atau dimainkan secara perorangan. Tetapi dirayakan bersama. Misalnya di Jepun ada perayaan khusus iaitu
Hina Matsuri (festival boneka). Hina Matsuri diadakan pada setiap 3 Mac dan sering dinamakan "festival anak perempuan". Pada tarikh itu setiap keluarga yang memiliki anak gadis mempamerkan koleksi boneka mereka dan berdoa supaya anak gadis mereka menempuh alam dewasa dengan penuh kegembiraan. Di India terdapat festival boneka yang bernama "Navaratri". Sesuai dengan namanya "Navaratri", atau 9 malam, perayaan itu memang diadakan selama 9 malam untuk menghormati para dewi, yakni Durga, Lakshmi, dana Saraswati



JENIS-JENIS BONEKA


Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasilkan untuk kegunaan guru termasuklah;
(a) Boneka Tangan (b) Boneka Lidi/ kayu (c) Boneka Bertali (d) Wayang Kulit

(a)BONEKA TANGAN


Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
Hand Puppet atau boneka tangan boleh berbentuk binatang untuk diperkenalkan kepada kanak-kanak tentang binatangseperti lembu, kuda, ayam, kambing dan sebagainya. Dibuat dari bahan yang lembut dan dapat dicuci. Hand puppet atau boneka tangan, boleh menghiburkan kanak-kanak. Selain mengeratkan hubungan kekeluargaan dapat juga melatih mereka berekspresi dan membantu kanak-kanak bertutur dengan lebih cepat.



(b) BONEKA LIDI


Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang akan digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.



(c) Boneka Bertali
Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Wayang gantung dibawa ke Singkawang dari China daratan pada tahun 1929.



WAYANG KULIT

PENGENALAN

Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).


PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA
MASYARAKAT


Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh
masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi masyarakat itu. Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenanjung Malaysia iaitu:

i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat
Kelantan dan berasas kepada pengaruh Patani).

ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh
Jawa)

iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit
dengan dengan bahasa Melayu tempatan).

iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan
bahasa Melayu loghat tempatan).

Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat Semenanjung.

Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit
pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian.

Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya boleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting.

Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.
Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.


JENIS DAN BENTUK WAYANG KULIT DI MALAYSIA

A. WAYANG KELANTAN


Pengenalan


Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. Walau bagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Isi Cerita


Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India.


Watak utama wayang Kelantan Laksamana & Seri Rama



WAYANG GOLEK


Biasa disebut juga wayang thengul, merupakan wayang yang dibuat dengan bahan katun yang di bentuk boneka menyerupai tokoh-tokoh perwayangan. Seperti wayang kulit, wayang golek juga sering dimainkan untuk pertunjukan. Ketenarannya memang kalah oleh wayang kulit, namun sebenarnya wayang golek merupakan pendahulu wayang kulit.
Wayang golek dapat dinikmati di siang hari maupun malam hari, selama ada cahaya untuk melihat boneka-boneka yang dimainkan. Para penontonnya tidak duduk dan melihat bayangan melalui layar putih seperti wayang kulit, namun mereka menonton langsung boneka yang dimainkan oleh dalang di atas panggung. Di depan dalang terdapat plangkan, sejenis meja dengan lubang-lubang di permukaannya, di mana wayang golek diletakkan, siap untuk dimainkan.
Pada pertunjukan kesenian wayang golek di Jawa bagian timur dan tengah, biasanya diangkat cerita yang berasal dari kisah menak, yang juga dikenal dengan nama Amir Hamzah, paman dari Nabi Muhammad. Sedangkan di Jawa bagian barat, di mana wayang golek lebih mendominasi dibandingkan dengan wayang lainnya, cerita yang diangkat berasal dari kisah Mahabarata dan Ramayana.
Kisah Amir Hamzah menyebar seiring dengan penyebaran Islam pada abad ke 16. Tokoh-tokoh yang biasa dimainkan adalah sahabat Amir Hamzah yang bernama Umar Maya (Umarmaya), Alam Daur, istri pertamanya yang bernama Putri Muniggarim, ayah mertuanya Nursiwan, dan raja-raja yang berhubungan dengannya, serta kekuatan jahat beserta istri-istrinya. Bagian dari kisah ini menggunakan setting sebelum kelahiran Nabi Muhammad, karenanya dapat mengakomodir tak hanya tema-tema Islami, namun juga tema animistik dan juga kisah yang berlatar belakang Hindu.
Masyarakat menyukai jenis wayang ini karena gerakan-gerakan boneka kayu yang di dandani mirip manusia ini sangat hidup dan mirip gerakan manusia.




WAYANG KULIT GEDEK



Pengenalan


Wayang Gedek tersebar di bahagian Utara Pantai Barat Malaysia, terutamanya Kedah dan Perlis. Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu dan juga Siam tempatan. Ia dipercayai berasal dari sejenis wayang kulit siam yang dikenali sebagai Nong Talung dan sebab inilah patung serta alat muziknya mahupun corak paluannya mirip Siam.

Isi cerita


Isi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung. Walau bagaimanapun, berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini yang menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. Cerita Wayang Gedek banyak diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini.

Patung-Patung


Secara umumnya, ia menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segi ukiran, pakaian, hiasan dan seumpamanya. Patung-patung wayang ini diukir
mengadap ke hadapan.

Alat Muzik


Alat muzik wayang ini terdiri daripada sepasang gedombak, sepasang gong, sepasang kerincing, sebiji geduk dan sebatang serunai.

Bahasa


Biasanya wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam mahupun dialek Melayu Kedah.
Babak dalam wayang gedek




Perkataan Nang Thalung begitu asing bagi sesetengah masyarakat di Malaysia khususnya kepada masyarakat remaja hari ini. Jika disebut Wayang Kulit Gedek, sudah pasti ramai yang mengetahui dan mengenali hiburan tradisi wayang kulit berkenaan dipersembahkan. Ungkapan Nang Thalung ini sering digunakan di selatan Thailand yang mengkhususkan kepada permainan wayang kulit.

Di Thailand, permainan wayang kulit mempunyai dua jenis, iaitu “Nang Yai” dan “Nang Thalung”. Kedua-dua permainan ini menggunakan patung (kini disebut sebagai ‘gambar’) sebagai alat penyampaiannya yang acap kali digunakan sama seperti permainan wayang kulit khususnya di Kedah. Namun, pembuatan gambarnya lebih besar berbanding Nang Thalung. Bagi “Nang Thalung” pula ia merupakan satu persembahan yang begitu popular kerana patung-patungnya diperbuat atau diukir dengan menggunakan kulit lembu dan pemainnya lebih memuatkan unsur-unsur dialog komedi semasa di samping iringan muzik. Permainan “Nang Thalung” demikian telah menjadi satu bentuk hiburan komuniti bagi masyarakat Melayu dan Siam di Selatan Thailand. Kadang kala permainan “Nang Thalung” juga disebut sebagai “Nang Lek” kerana hampir keseluruhan permainan “Nang Thalung” menggunakan gambar yang kecil (small puppets).

Berdasarkan kepopularan “Nang Thalung” seperti itu telah menjadi medium kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah dengan rasa prihatin dan tanggungjawabnya untuk mengetengahkan wayang kulit Nang Thalung kepada masyarakat setempat di Kedah selama 2 (dua) hari yang disertai oleh penggiat-penggiat wayang kulit Gedek Kedah dan penggiat Nang Thalung jemputan dari Hattyai, selatan Thailand yang turut berentap mempamerkan keunikan persembahan wayang kulit tradisi masing-masing kepada umum sempena Festival Nang Thalung di Taman Budaya Negeri, Alor Setar.

Nyata sekali pada hari ini, permainan wayang kulit Gedek atau Nang Thalung masih diminati ramai oleh kebanyakan masyarakat muda di Kedah. Situasi ini dilihat hasil sambutan masyarakat muda sewaktu festival berkenaan berlangsung. Ini kerana pemaparan jalan cerita (plot), dialog (pengucapan komunikasi) dan muzik (alat dan bunyian muzik) telah diadun dengan ramuan yang terkini tanpa menghilangkan identiti wayang kulit yang sebenar. Tujuan pembentukan ramuan ini adalah menggalakkan generasi muda kini untuk lebih mendekati permainan tradisi dengan lebih dekat lagi. Ini menjadikan wayang kulit sebagai unsur hiburan masa hadapan.

Oleh kerana itu, persembahan wayang kulit di Kedah khususnya Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun yang didalangi oleh Abd. Majid Mohd Noh (lebih dikenali sebagai Pak Majid) gemar menumpukan kepada lawak jenaka dalam setiap plot ceritanya. Ada kala persembahan beliau tersebut digunakan untuk menyampaikan maklumat kerajaan secara langsung melalui pemaparan cerita-cerita moden dan sensasi kepada khalayaknya. Ini menjadikan persembahan beliau lebih diminati di Kedah dan Perlis kerana penyampaian maklumat disampaikan dengan menggunakan bahasa daerah yang begitu rapat dengan jiwa masyarakat di utara serta jalan cerita yang realisme dan moden. Pendek kata, permainan wayang kulit alaf ini telah dipermudahkan bagi mencapai matlamat penyampaian maklumat melalui kesenian hiburan lawak jenaka. Malah persembahan beliau tetap menggunakan ucap tetap, simbol-simbol abstrak, unsur-unsur estetika yang berseni dan menarik perhatian audiens.

Dalam situasi sekarang, persembahan wayang kulit ditentukan akan cita rasa dan keperluan masyarakat majmuk. Dalam berhadapan dengan dunia hiburan moden yang pelbagai, masyarakat mempunyai pilihan untuk menonton persembahan wayang kulit atau hiburan lain yang bersaing seperti seni visual moden yang sedia ada. Oleh sebab itu, Mohamed Ghouse Nasuruddin dari Universiti Sains Malaysia menyatakan kekurangan pendedahan terhadap wayang kulit, maka ramai yang memilih hiburan moden. Tambah beliau lagi, kehebatan hiburan moden atau budaya pop sebegini mampu menggugat kejituan Nang Thalung tempatan berada di persada seni tempatan. Bahkan beliau sendiri mengakui persembahan tradisi pada hari ini kurang mendapat sambutan kerana hiburan pop komersial (seperti sit com, filem dan kartun) telah mendominasi minda masyarakat khususnya merendahkan pemikiran orang Melayu.

Justeru, hiburan moden telah juga mempengaruhi kemerosotan seni persembahan tradisi yang lain seperti Hadrah, Jikey, Mek Mulung, dan Menora. Dengan adanya layar kaca, video, wayang gambar, cakera laser, cakera padat, persembahan tradisi tidak lagi menjadi tumpuan masyarakat. Malah kini semua perkara tersebut lebih mudah diperoleh berbanding persembahan tradisi yang diadakan sekali-sekala di luar bandar. Hiburan moden sebaliknya dapat dinikmati dengan selesa dan mudah di rumah sendiri ataupun di panggung yang moden. Senario sebegini begitu kontra dalam keadaan sekarang. Masyarakat mampu membayar puluhan ringgit semata-mata untuk mendapat sekeping tiket kerana untuk menyaksikan sesebuah persembahan moden. Bagaimanapun persembahan tradisi seperti Nang Thalung, pihak kerajaan dan penganjur terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata untuk mengajak khalayak datang untuk menyaksikan sesebuah persembahan yang disusun atur secara percuma. Namun, sambutan terhadap situasi sebegini masih lagi tidak dihiraukan oleh masyarakat yang kurang kepekaan tradisi nenek moyangnya. Dampaknya sudah dilihat dalam perspektif yang lompang bahawa persembahan tradisi seperti ini belum berjaya sepenuhnya membangunkan pembangunan minda generasi hari ini kerana penerapan ilmu pengajian seni (pro seni tradisional) masih lagi ketinggalan dan terus diabaikan oleh pelaksana sistem pendidikan. Ini yang menyebabkan lambang warisan tradisional tidak lagi bermakna kerana penegasan unsur-unsur budaya barat bercambah di serata tempat.

Di sini timbul persoalan untuk dipersoalkan adakah permainan tradisi relevan dimainkan pada hari ini? Walau bagaimanapun tujuan dan matlamat yang cuba diketengahkan seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah terhadap Festival Nang Thalung kepada khalayak umum sudah tentu cuba menentukan taraf permainan tradisi wayang kulit untuk diletakkan pada tempat yang lebih tinggi (high culture) dalam pandangan masyarakat. Projek ini memperlihatkan usaha pemuliharaan yang cuba menghidupkan semula tradisi wayang kulit sezaman.

Peranan yang telah ditunjukkan oleh anjuran Festival Nang Thalung berkenaan tidak lagi bermain dengan mimpi dan berjaya menarik peminat wayang kulit tempatan datang menyaksikan persembahan berkenaan yang sungguh membanggakan dan harus dibanggakan. Ini menandakan masyarakat masih dahagakan untuk menonton hiburan tradisi. Tegasnya, budaya ini kepunyaan semua masyarakat sebagai satu cara hidup yang baik dicontohi. Pemuliharaan dan pengembangan tradisi wayang kulit semakin disedari dengan hati yang terbuka untuk membinanya semula sesuatu yang hampir tenggelam dan ini memerlukan pengorbanan walaupun pengaliran wang keluar sebagai modal tidak mendatang pulangan keuntungan dalam bentuk material (wang), sebaliknya keuntungan kasih sayang masyarakat terhadap wayang kulit adalah bukti hasilnya. Tegasnya, ia tidak seharusnya diukur pada pulangan wang sebaliknya ia adalah tanggungjawab sosial untuk mendidik secara langsung bagi meningkatkan tahap apresiasi khalayak setempat. Ini membukti ia sebagai pelantar pemula dalam menggalakkan usaha memartabatkan seni persembahan Wayang Kulit Gedek ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Kesan kejayaan terhadap sambutan tersebut di masa mendatang, pihak penganjur perlu menekankan aspek pengurusan seninya (menyusun, mengurus dan memasarkan) dengan lebih proaktif agar kewibawaan persembahan tradisi sedemikian kelihatan lebih kompetitif dan dinamik. Kelemahan dan kekurangan dalam menjayakan sesebuah persembahan tradisi akibat pengabaian pengurusan seni akan mendatangkan kecacatan kepopularan permainan tradisional seperti gaya promosi, publisiti dan pengurusan pentas yang sempurna dan profesional. Akhirnya seni persembahan Wayang Kulit Gedek negeri Kedah berupaya mengorak langkah lebih dinamis ke arah peningkatan apresiasi seni serta memulihkan rasa keupayaan terhadap persembahan tradisional tempatan.

Rangsangan dan dorongan dalam usaha memartabatkan seni persembahan tradisi wayang kulit seperti ini di Kedah ternyata ia sebagai satu proses galakan untuk mengumpul sebanyak mungkin kumpulan, penggiat dan peminat Wayang Kulit Gedek pada hari ini untuk pencernaan di masa akan datang. Hasil dari implementasi festival seumpama itu telah menambahkan lagi penyertaan kumpulan Wayang Kulit tempatan seperti kumpulan Wayang Kulit Seri Wang, Wayang Kulit Seri Macang dan Wayang Kulit Anak Tuah yang dianggotai oleh kanak-kanak berusia 8 hingga 15 tahun sebagai pelapis di masa akan datang.

Ini menandakan satu pemula yang positif yang perlu diteruskan untuk seni persembahan Wayang Kulit Gedek negeri Kedah berbanding dengan negeri-negeri yang lain dalam proses mendedahkan ruang lingkup wayang kulit sebagai teras integrasi antara penggiat seni, masyarakat dan pemerintah.

BENTUK TEATER DI MALAYSIA


Bentuk Teater Di Malaysia

3.1 Wayang Kulit
3.2 Bangsawan
3.3 Sandiwara
3.4 Drama Realisme
3.5 Drama tari
3.6 Melodrama
3.7 Realisme
3.8 Absurdisme


MELODRAMA


Ø Popular di Pranchis pada abad 18 dan awal abad 19
Ø Bermaksud drama lagu atau drama muzik
Ø Muzik mendominasi untuk mengiringi perkembangan cerita.

CIRI – CIRI ASAS MELODRAMA

Protaganis mendapat ancaman daripada antagonis: menghadapi ancaman, penyeksaan, penganiayaan. Akhirnya terselamat dan berjaya.
Berbentuk episodic, berkembang selepas eksposisi.
Setiap babak berakhir dengan klimaks cerita yang hebat.
Semua peristiwa penuh dengan sensasi dan kekaguman
Unsur Poetic justice teras akhir setiap cerita
Stail lakonan mengajak penonton berkongsi emosi
Watak-watak adalah berbentuk stok, hero, heroin, penjarah, watak lucu.

REALISME

Ke arah realisme
Revolusi Industri
Perbandaran
Kemajuan Ilmu Sains
Auguste Comte ( 1798 – 1885 ) – Positivism
Charles Darwin ( 1809 – 1882 ) The Origin of Species
Realis percaya bahawa seni dan sastera keenarannya ditentukan oleh kaedah saintifik

REALISME DI DALAM TEATER:

Watak daripada manusia biasa ( tiada lagi watak stok )
Pengucapan di dalam bahasa
Pentas menyerupai keadaan sebenar
Plot : Kesatuan masa, aksi dan tempat. Watak terperangkap di dalam krisis. Tiada banyak klimaks dan aksi ganas. Lakonan biasanya under played lebih mencadangkan daripada eksploitasi.
Watak: Golongan bawahan dan miskin. Berhadapan dengan detik kritikal di dalam kehidupan. Perlakuan mangsa yang lemah kerana menjadi mangsa keadaan.
Tema : konflik ekonomi, domestic, pengorbanan, seks, social dan kemanusiaan.
Pentas box set ( pemadangan dan penyebab utama pada aksi ).



TOKOH REALISME

Henrik Ibsen ( Norway ) – Doll House
Hauptman ( German )
Benard Shaw ( England )
Antaon Chekov ( Rusia )
Athur Miller ( Amerika )
Mustafa Kamal Yassin ( Malaysia )

ABSURD

Hidup ini tiada beerti lagi. ( Peperangan Dunia I dan ii ) kalau tuhan menyayangi makhluknya kenapa dibiarkan dengan kemusnahan yang amat dahsyat
Kehidupan dengan peperangan dan rebutan kuasa. Bilakah hidup ini akan berakhir.
Kegelisahan ini diambil oleh para absurdis menggali kisah manusia yang bergantung hidup pada nasib lantas menolak kuasa Tuhan.
Drama – drama absurd dipenuhi dengan perlembangan-perlembangan yang mengusai perjalanan hidup manusia, buku-buku dan hantu.
Plot adalah cycle plot.
Watak manusia secara total ( mewakili kelompok )
Bahasa, tanpa tenaga dan tanpa makna.

MUZIKAL

Drama menggabungkan dialog, nyanyian dan tari bagi membentuk sebuah aksi.
Istana Budaya
Uda dan Dara.


BANGSAWAN

Teater transisi.
Berasal dari Pulau Pinang awal abad ke 20 Mamak Pushi.
Berkembang menjadi sebuah teater popular, Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Cerita-cerita diambil daripada mitos, lagenda, kepahlawanan, sejarah, shakespear, Parsi, China dan India.
Persembahan berbentuk melodrama dan mempunyai beberapa babak yang panjang.
Struktur cerita: bermula di Istana Budaya dan berakhir di Istana.
Pentas Proseum
Extra turn
Watak Utama : Orang Muda ( hero )
Primadona ( heroin )
Watak-watak stok ( Raja, Permaisuri, Pelawak, Panglima )
Penyampaian persembahan berbentuk improvisasi.
Tasmat.
Lakonan Improvisasi
Bernasib.

Improvisasi di dalam Bangsawan meliputi:

- Lakuan – lakuan fizikal ( pergerakan, gerak isyarat, persilatan, lakonan serta aksi-aksi fizikal )
- Menunjukkan props- Tuanku cantiknya bunga ini.
Memperhebatkan daya imaginasi seperti wau, warna, tajam. Luka berdarah ( Pentomime ).
- Menunjukkan suasana, memetik bunga, menyelitkan pada dayang-dayang dsb.
‘ Tuanku berhati-hati sedikit jangan ikut disana banyak tahi burung….’
- Menunjukkan tempat, indah sungguh rumah bendahara.
- Gerak Isyarat – aktiviti fizikal yang melibatkan tangan, bahu.
Lakuan – lakuan mental ( emosi ) sedih, gembira, berduka, teruja.
- Lakuan-lakuan suara ( dialog, pengucapan, syair, gurindam, nazam, Soliloki. Aside dan bernasib.


SANDIWARA

Lahir selepas zaman gelap bangsawan ( pada awal tahun lima puluhan )
Pertunjukkan cerita yang dilakonkan oleh orang, pementasan cerita.
Zakaria Ariffin : Drama 3 zaman ( DBP ): Drama yang membawa cerita berlatarbelakang masyarakat lama, purba termasuklah drama-drama yang mempunyai unsur sejarah atau drama sejarah.
Masih mengekalkan unsur – unsure bangsawan seperti set dan ekstra turn

Tokoh :
- Shaharom Husain ( Si Bongkok Tanjung Puteri )
- Kalam Hamidi ( Anak Nazar Tujuh Keramat )


KONTEMPORARI

Kemunculan Nordin Hassan “ Bukan Lalang ditiup Angin”.
Senario Politik – Cetusan 13 Mei
Kembali pada nilai tradisional
Perintis pada dramatis muda yang lain menghasilkan drama bertentangan dengan realisme. Johan Jaafar, Dinsman, Manasikana, Ghouse Nasaruddin dll.




BANGSAWAN

1.
CIRI-CIRI BANGSAWAN

- Mempunyai tujuh latar atau tirai iaitu; hutan, rumah, istana, gua, taman
bunga, kampung dan jalan kampung. Mempunyai juga tirai agung dan tirai
extra turn.
- Memerlukan bantuan (side wing) sebing iaitu pemidang pipih untuk bahagian
tepi kiri dan kanan pentas.
- Menggunakan bahasa klasik, bahasa istana.
- Mempunyai extra turn.
- Taukeh panggung
- Pemuzik
- Unsur-unsur Tasmat (kesan khas)



2.
FUNGSI

- Sebagai hiburan
- Memberi pengajaran
- Mengisahkan kehidupan istana dan kehidupan lampau.
- Mengingat kembali sejarah dan kepahlawanan.



3.
CARA PERSEMBAHAN

- Menggunakan pentas prosinum iaitu pentas yang hanya mengizinkan
penonton menonton di hadapan sahaja.
- Dipersembahkan dalam bentuk babak ke babak.
- Plot cerita sama ada secara terus atau teknik imbas kembali.
- Setiap akhir babak diselang selikan dengan extra turn.
- Babak dalam istana mestilah mengikut adat istiadat dalam istana.
- Menggunakan sekurang-kurangnya 3 tirai asas yang dinyatakan sebelumnya.


4.
CERITA

- Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh bangsawan dipetik dari pelbagai
sumber termasuklah cerita-cerita sejarah tempatan, cerita-cerita kontemporari,
cerita dari timur tengah, India, China, Indonesia, Thailand dan negara barat.
- Cerita sejarah tempatan; kisah kebesaran raja-raja, riwayat hidup tokoh-tokoh
tempatan serta tokoh-tokoh pahlawan Melayu.
- Cerita India; Masyarakat Melayu menerima dan meminati cerita-cerita dari
India oleh kerana amalan dan anutan agama hindu sebelum kedatangan Islam.
Cerita India yang dipersembahkan dalam bangsawan berteraskan Islam.
- Cerita Timur Tengah; Diminati oleh masyarakat kerana unsur-unsur
pengembaraan dan romantis.
- Cerita, kostum, irama lagu dan tarian adalah faktor-faktor masyarakat
meminatinya.
- Cerita China; Dipersembahkan di kawasan yang terdapat ramai penduduk
Cina.
- Cerita negara Barat; Lahir daripada penjajah British. Kumpulan bangsawan
mengadaptasi cerita yang popular dari barat.
- Cerita Indonesia, Thailand dan Burma; Cerita-cerita dari negara ini
diubahsuaikan untuk bangsawan.
- Cerita Moden; Memenuhi kehendak penonton sesuai dengan kemajuan
zaman. Tidak hanya berpijak di alam istana tetapi berlegar dengan masyarakat
biasa.

5.
SEJARAH

- Bermula di Pulau Pinang
- Merupakan Teater adaptasi daripada teater Parsi yang dibawa dari Bombay, India
- Dari teater Parsi kemudian bertukar setelah dialihbahasakan daripada bahasa Hindustan kepada bahasa Melayu. Menjadi tiruan teater Parsi kemudian seterusnya menjadi teater bangsawan menjelang tahun 1930-an.
- Zaman kegemilangan teater bangsawan di antara 1920 dan 1930 an.
- Kehadiran orang-orang India di Penang merupakan faktor penyebab bermulanya bangsawan



WAYANG KULIT

1.
SEJARAH WAYANG KULIT

- Dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1400 hingga 1500 Masihi.
- Persembahan wayang kulit di Kelantan sejak pemerintahan Long Senik Mulut Merah yang memerintah antara tahun 1837/8-1886. Dikenali sebagai Sultan Muhamad II.
- Asal usul wayang kulit bergantung kepada jenis-jensi wayang kulit itu.
- Di Malaysia terdapat empat jenis wayang kulit.
- Wayang Kulit Kelantan,Wayang Kulit Gedek,Wayang Kulit Purwa dan Wayang Kulit Melayu.
- Wayang Kulit Kelantan berasal dari negara India.
- Dibawa ke Kelantan menerusi Pulau Jawa dan Negara Thailand.
- Wayang kulit Gedek pula berasal dari Negara Thailand.Menggunakan dialek Kedah.
- Wayang kulit Purwa dan wayang kulit Melayu berasal dari Pulau Jawa.
- Wayang kulit Purwa atau lebih dikenali sebagai Wayang Jawa menggunakan bahasa Jawa.
- Wayang kulit Kelantan pula menggunakan dialek Kelantan.
- Perkataan ‘wayang’berasal daripada perkataan ‘bayang’ yang bererti bayangan dari tirai.
- Dalang Saman telah menukar tokoh lawak jenaka Patani iaitu Pak Diman kepada Pak Dogol,Pak Kadir kepada Wak Long.
- Watak Pak Dogol
- Asal penjual batu nisan bulat di Kampung Mentuan.
- Mempunyai perawakan yang melucukan.
- Berkepala bulat dan berpunggung tonggek
- Memakai sabut kelapa di kakinya kerana penyakit puru yang menyebabkan dia berjalan renyot.
- Watak Wok Long Sulung
- Penjual damar batu dan damar mata kucing.
- Tinggal di Kampung Sungai Budur,Kota Bharu
- Tak berdagu,bahunya jatuh.


2.
CIRI-CIRI

- Digolongkan dalam kategori teater tradisional.
- Seni lakon menggunakan bayang-bayang daripada patung-patung.
- Berdasarkan sistem atau proses pembelajaran yang diterima dari mulut ke mulut.
- Patung wayang kulit diperbuat daripada kulit lembu atau kulit kerbau.


3.
FUNGSI

- Sebagai hiburan, untuk sesuatu sambutan atau sebagai pertunjukan di pesta-pesta.
- Pertunjukan yang melambangkan kekayaan khazanah warisan.
- Dipercayai boleh menyembuhkan sesuatu penyakit yang dialami dan berkaitan dengan unsur roh dan alam semula jadi.
- Berunsur keagamaan untuk menyatakan kesyukuran kepada makhluk-makhluk alam ghaib, semangat dan unsur-unsur alam yang lain.
- Bertujuan untuk menolak bala atau penyebaran sesuatu penyakit yang melanda.


4.
CARA PERSEMBAHAN

- Pentas dibina seperti sebuah panggung kecil.
- Pentas ini beratap nipah dan berdindingkan buluh.
- Di bahagian depan pentas dipasang sehelai tirai daripada kain putih.
- Patung-patung wayang kulit akan dicacak di atas batang pisang.
- Lampu atau pelita akan dipasang di belakang tirai.
- Kumpulan muzik yang mengiringi persembahan wayang kulit dikenali sebagai kumpulan Gamelan.
- Persembahan wayang kulit bergantung kepada penyampaian Tok Dalang.
- Tok Dalang hendaklah cekap menggerakkan patung.
- Tok Dalang yang mahir menyebabkan persembahan wayang kult menjadi menarik dan mengkhayalkan.
- Biasanya menurut unsur-unsur kepercayaan yang berasaskan fahaman animisme perlu diadakan upacara pembukaan panggung.

5.
CERITA

- Cerita-cerita yang selalu dipersembahkan oleh Tok Dalang ialah cerita daripada Hikayat Ramayana dan Mahabrata.


6.
POHON BERINGIN DALAM WAYANG KULIT KELANTAN

- Figura wayang ini merupakan fiqura wayang terbesar yang ada dalam sesebuah set wayang kulit,dan berukuran kira-kira 23sm luasnya dan 60sm tingginya.
- Diperbuat daripada kulit lembu dan diwarnai dengan beberapa warna yang menarik.
- Reka bentuknya diolah mengikut gaya pokok dan berbentuk sehelai daun yang besar.
- Menurut Tok Dalang Hamzah Awang Amat,pokok beringin mempunyai kepentingan simbolik dalam Hikayat Maharaja Wana seperti yang dipersembahkan dalam wayang kulit Kelantan.
- Figura wayang itu dianggap mewakili pokok jelati jawa,ataupun asam jawa,(dikenali sebagai telagi atau chelaji)
- Nama-nama lain beringin ialah jejawi atau jawi-jawi,dan waringin atau banyan.
- Menurut Tok Dalang Hamzah Awang Amat, pokok itu melambangkan kuasa kosmos yang kuat.
- Pokok beringin dikatakan menjadi lambang pokok kehidupan dalam wayang kulit Kelantan.
- Bentuk-bentuk pada pokok beringin berjalin-jalin dan menghasilkan imej visual tentang penyatuan tumbuh-tumbuhan,binatang dan elemen semulajadi yang menakjubkan.
- Pada asasnya,pokok beringin itu terbahagi kepada tiga bahagian;bahagian atas mewakili langit,bahagian tengah mewakili bumi dan pelbagai kehidupan yang wujud di bumi,serta bahagian bawah mewakili alam ghaib


SANDIWARA

1.
CIRI-CIRI SANDIWARA

- Unsur-unsur dialog,tari dan muzik adalah merupakan ciri-ciri asas di dalam persembahan teater tradisional Melayu.
- Persembahan teater tradisional menggunakan manusia sebagai pelakon.
- Dialog-dialog yang dilakonkan adalah merupakan dialog bebas yang lahir secara turun-temurun.
- Skripnya berdasarkan tiga bahan utama iaitu premise, perwatakan dan plot.
- Premise ; inti cerita untuk menentukan hala tuju cerita
- Perwatakan; memainkan peranan penting untuk menggerakkan lakonan.
- Plot; selain mempunyai cerita isinya juga terdiri daripada beberapa penjelasan agar dapat memantapkan sebuah persembahan.


2.
STRUKTUR PERSEMBAHAN SANDIWARA

- Cerita berbentuk naratif iaitu berlangsung secara terus-terusan tanpa diganggu denganb teknik-teknik seperti imbas kembali dan imbas ke hadapan.
- Menyelitkan unsur-unsur persembahan kebudayaan seperti nyanyian, tarian, silat dan upacara majlis perkahwinan atau keraian menjadikan sandiwara sebagai medan mendaulatkan kebudayaan warisan.
- Cerita dramatik yang memaparkan terus kepada masalah yang ingin dikemukakan di awal hingga ke tengah cerita. Di akhiran cerita peleraian dan pemasalahan dapat diselesaikan.




3.
CERITA
- Berkaitan dengan dongeng dan lagenda.
- Kejadian-kejadian peristiwa berlaku di alam nyata dan juga kayangan.


4.
WATAK-WATAK
- Terdiri dari watak baik dan watak jahat.
- Kacak atau hodoh dengan perangai dan kelakuan yang kasar atau berhalus.
- Watak yang tidak pernah ketinggalan di dalam setiap persembahan teater tradisional adalah watak yang berperanan sebagai pengiring,pengasuh dan pelawak.


5.
STRUKTUR PLOT
- Tidak terikat kepada konsep kesatuan masa,tema dan tempat.
- Cerita juga tidak meneroka konflik psikologi tetapi menumpukan kepada aksi naratif.


6.
BENTUK PERSEMBAHAN

- Tempat persembahan tidak tetap seperti pementasan masa kini.
- Pentas yang dikenali sebagai panggung akan didirikan apabila persembahan hendak diadakan di kawasan luar.