19 Mei, 2009

Pengenalan dan Sejarah Teater

1.0 PENGENALAN
1.1 KONSEP DAN DEFINISI TEATER

- Perkataan Teater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani ( greek tua ).
- Satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.
- Satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan kepada penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli persembahnnya dikenali sebagai pelakon atau aktor.
- Suatu bentuk kerja secara bersama (berpasukan) antara artis dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa watak di dalam produksi persembahan secara langsung dihadapan khalayak.

1.2 Kumpulan Kerja Kreatif

A. Kumpulan kerja kreatif:

Penulis naskhah lakon (playwright)
Pengarah
Pelakon
Pereka – pereka
Tatacahaya
Tatabunyi
Tatarias
Rekabentuk pentas dan set
Pereka tari
Pereka muzik
Pereka gerak
Busana
Kesan khas

B. Kumpulan pengurusan

1. Pentas
Penolong pengarah / pengurus
(Ikut dalam sukatan)

1.2 CIRI-CIRI TEATER
-Teater sesuatu yang hidup.
- Cermin atau gambaran masyarakat realiti
- Berbeza dengan drama tv atau filem kerana teater dipersembahkan secara langsung dan boleh mewujudkan interasi 2 hala.
- Pengalaman berkumpulan.
- Berbeza dgn bahan seni yang lain ia boleh dinikmati sendirian. Dipersembahkan secara berpasukan.
- Kombinasi pelbagai unsur seni. Satu persembahan yang mengkolaborasikan pelbagai unsur seni seperti seni visual, busana, muzik, tari, lakon, pertukangan,
- Tranformasi kertas ke pentas memerlukan pentafsiran daripada sebuah skrip untuk dipersembahan kepada khalayak.
- Pengarang perlu interpretasi skrip, menentukan konsep dan sinografi.

1.3 ELEMEN-ELEMEN DALAM TEATER
- Pelakon
- Ruang lakon (pentas)
- Skrip atau idea (Jika tanpa skrip)
- Penonton
- Elemen visual
- Subjek
- Struktur dramatik
- Koordinasi semua elemen
- Keperluan sosial

1.4 JENIS-JENIS TEATER

- Tragedi
- Cerita di akhiri dgn kesedihan. Wira dimatikan
- Cerita menyentuh perasaan kerana yang baik biasanya ditimpa kesusahan
(Nasib tidak menyebelahi orang yang baik)
-Jalan ceritanya seseorang yang ditimpa bencana yang membawa kesusahan dalam hidupnya
n Tragedi – pergelutan manusia melawan takdir/berakhir dengan duka/ kematian
n Komedi – penuh tawa/ gembira / berakhir dengan kegembiraan
n Komedi tragedi / Tragikomedi – gabungan komedi dan tragedi / ketawa yang diakhiri dengan duka
n Melodrama – penuh kesyahduan/ biasanya dipadukan dengan muzik
n Farce – gerak yang berlebihan/ tidak wajar/ karikatural
n Satira – cemohan / ejekan / sindiran
n Muzikal – seluruhnya diiringi dengn muzik dan dinyanyikan / dialog diubah menjadi nyanyian

1.5 JENIS-JENIS PENTAS

- Arena
- Frame
- Thrust
- Persekitaran
- Open Stage
- Prosinium
- Black Box
- Amphitheatre

1.6 BENTUK DAN ALIRAN

- Eksperimental
- Muzikal
- Neutralisme
- Bangsawan
- Sandiwara


Sejarah


2.1 Asal usul


1. Kepercayaan kepada ‘SUPER NATURAL’: Semua kejadian mempunyai kuasa, atau penunggu.
Ada perantara SHARMAN dipilih oleh masyarakat untuk menjalankan upacara. Unsur-unsur teater
telah dijelmakan dalam upacara mereka.
2. Penglipurlara/ bercerita. Cerita mempunyai nilai dramatic dipersembahkan dikhalayak.
3. Permainan kanak-kanak berimprovisasi.

2.2 Perkembangan teater barat :


1. Teori awal sejarah teater di Barat 1200 – 500SM
2. Asal perkataan teater diambil – Theatron ( tempat menonton )
3. Mendapat tampat di dalam acara festival Memuja Dewa Dioynisus ( Dewa kesuburan dan Wine).
Acara tersebut dikenali sebagai Dionysia.
4. Persembahan selama lima hari dimusim bunga. Persembahan yang bemotifkan tujuan keagamaan.
5. Diprsembahkan disebuah panggung yang dibina dilereng bukit di Akrapolis boleh menempatkan
seramai 14000 penonton (setengah daripada rakyat Athens)
6. Hari pertama persembahan dimulakan dengan pertandingan dikenali sebagai DITHYRAMBS-lagu puji-pujian yang dinyanyikan oleh korus.
Diikuti pula persembahan drama:
Komidi (lima drama) – 1 hari
Tragedi – 3 hari (sehari satu drama dan diikuti dengan drama satira sebagai comic relief
Tragedi – Drama serius yang membabitkan perihal isu politik ( kehidupan, kematian dan Dewa)
Satyrs (satira) dipersembahkan diakhir tragedy – setengah manusia setengah kambing – sindiran di dalam bentuk komidi.
Komidi – Drama lucu berkisar tentang kehidupan seharian

7. Cerita yang dipersembahkan berdasarkan mitologi Yunani
8. Pelakon mengambil bahagian semuanya adalah lelaki.
9. Pelakon pertama THESPIS ( 550SM ) – bertukar daripada bentuk upacara keagamaan kepada persembahan teater.

PENULIS DRAMA


Aeschylus ( 525-456 SM ) – Agamemnon ( 458SM )
Sophocles ( 496 -406 SM ) – Oedipus
Euripides ( 480-406 SM ) – Madea

Teater Yunani – Tragedi – Sophocles – Aristotle ( Abad 3 SM )
- Ciri – cirri teater tregedi antaranya

Watak utama terdiri daripada anak bangsawan. Golongan bangsawan.
Telah diramalkan akan menghadapi kecelakaan.
Wira berlawan dengan takdir untuk mendapatkan kejayaan.
Wira tewas di dalam perjalanan melawan takdir.
Berakhir dengan kematian atau darah.

KRONOLOGI SEJARAH TEATER BARAT


800-277 Teater Yunani
753 – 27 SM – Teater Rom
500 – 1453 – Zaman Pertengahan ( Keagamaan dan secular )
1454 – 1700 – Renaissance
Abad ke 18 – Permodenan
Abad ke 19
Abad ke 20


Tiada ulasan: