Seperti biasa, sememangnya manusia sering lupa dan selalunya tidak pernah belajar dari apa yang pernah dan telah berlaku sebelumnya. Untuk menyesali segala apa yang pernah berlaku adalah sesuatu yang amat 'payah'. Kesombongan dan bongkak dalam diri selalunya akan menjadi 'tuan'. 'Bodoh Sombong'... jolokan yang sesuai terhadap mereka dan teman-teman yang sama waktu dengannya. Moga-moga keinsafan akan menjenguk jua ke dalam diri sebelum semuanya terlambat. Ada juga manusia yang sering mengaku segala perbuatan serta pencapaian yang hebat-hebat itu terhasil olehnya, sedangkan tau-taunya dia hanya 'menumpang' di tepian dan yang peliknya masih juga mahu mengaku. Aduh...! Kapan saja orang seperti ini mau insaf dan mengerti ya...? Kasihan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
INSAF? Kalau sudah terlalu memikirkan dirinya sudah SEDAR atau terlalu SEDAR, ngah dengan kejayaan yang dicapai bertahun-tahun sedangkan mutunya entah ke mana? maka itulah jadinya, "NGINSAP" candu kemunafikan. Sememangnya jelas di wajah mereka itu, kelam dari hati yang membusuk. Sampai bila? Mungkin bila sampai SAKARATULMAUT!
Catat Ulasan